Sample Page Title

GEORGETOWN – Seorang bekas ahli politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu antara 11 individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan orang (eksploitasi buruh).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki bergelar Datuk berusia lingkungan 50-an itu ditahan di rumahnya pada jam 8.25 malam, Ahad.

Menurutnya, penahanan bekas ahli politik tersebut dibuat selepas polis menangkap lapan lelaki dan dua wanita pada jam 12.10 tengah malam, 27 Oktober lalu.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 60 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan oleh Kontinjen Kedah dan Pulau Pinang selepas polis menerima maklumat awam berhubung kegiatan mereka.

Tambahnya, susulan penahanan kesemua suspek tersebut, polis berjaya menyelamatkan 13 mangsa yang terdiri daripada lelaki tempatan.

“Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah menahan seorang lelaki di sebuah rumah kedai yang dijadikan premis pemulihan dadah dan alkohol.

“Susulan tangkapan lelaki tersebut, kita berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang disyaki mangsa pemerdagangan orang.

“Serbuan seterusnya pula, kita menahan tujuh suspek iaitu enam lelaki dan seorang wanita serta menyelamatkan tiga mangsa berusia lingkungan 22 hingga 46 tahun,” katanya pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Jelas beliau, serbuan ketiga dibuat di sekitar daerah Timur Laut pada jam 8.25 malam, Ahad dan menahan dua lelaki serta seorang wanita.


“Salah seorang daripada lelaki yang ditahan dalam serbuan ketiga itu adalah bekas ahli politik tersebut. Dalam serbuan tersebut, tiga lagi mangsa berjaya diselamatkan.

“Siasatan awal mendapati, bekas ahli politik tersebut merupakan pengasas premis pemulihan dadah dan alkohol berkenaan. Premis tersebut beroperasi sejak dua tahun lalu tanpa didaftarkan dengan mana-mana jabatan kerajaan,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan awal mendapati, kesemua mangsa diseksa, dipukul dan dipaksa untuk bekerja tanpa diberi bayaran gaji.

“Hasil siasatan mendapati, sindiket ini menyasarkan individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol. Mereka ini dikenakan bayaran antara RM1,200 hingga RM1,500 kononnya untuk merawat ketagihan yang dialami.

“Semua mangsa diarahkan bekerja tanpa dibayar gaji dan tiada cuti rehat. Mangsa diarahkan bekerja di kedai cuci kereta, kedai servis pendingin hawa, kedai kayu dan kedai makan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa dipukul dan diikat sekiranya mereka melawan selain diberi makanan dalam jumlah yang sedikit.

“Hasil pemeriksaan fizikal mendapati, kebanyakan mangsa mempunyai kesan kecederaan akibat dipukul. Selain itu, kita turut merampas beberapa barangan antaranya sebuah komputer riba, sembilan buah telefon bimbit, dua utas rantai besi, sebatang paip PVC dan dua batang besi penyambung katil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2010 (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda,” katanya.

SinarHarian-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...

PM: Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku...

Kuota, Pengalaman, Kecekapan, Kriteria Penentuan Kabinet

KUALA LUMPUR : Kuota berdasarkan jumlah kerusi parti, pengalaman serta kecekapan calon adalah antara...

Kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor Diteliti Semula

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti semula...