• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Negara Lancar Kempen E-Duit, Fokus Aspek Pendidikan E-Pembayaran

oleh Mohd Arshad
29/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bank Negara Lancar Kempen E-Duit, Fokus Aspek Pendidikan E-Pembayaran
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan Kempen e-Duit yang menekankan kepada aspek pendidikan bagi memastikan duit milik pengguna terus terjaga dan selamat semasa menggunakan e-pembayaran.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Gabenor, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, berkata kempen itu dengan slogan ‘Selamat, Senang, Segera’ akan dilaksanakan secara berterusan bagi tempoh lima tahun selaras dengan aspirasi Pelan Sektor Kewangan 2022–2026.

Menurutnya, BNM komited untuk terus memacu penggunaan e-pembayaran di Malaysia yang mana Pelan Sektor Kewangan tersebut yang dilancarkan awal tahun ini menyasarkan purata kadar peningkatan tahunan e-pembayaran melebihi 15 peratus bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Selaras dengan aspirasi ini, BNM dan industri pembayaran akan memastikan ketersediaan dan akses kepada instrumen e-pembayaran yang pelbagai seperti kad pembayaran, pembayaran atas talian dan kod QR pada kos yang kompetitif,” katanya pada majlis pelancaran Kempen e-Duit dan logo rasmi program iTEKAD, di sini, hari ini.

Abdul Rasheed berkata hasil gabungan usaha kerajaan dan industri pembayaran, penggunaan e-pembayaran telah berjaya merekodkan pertumbuhan kukuh di bandar dan juga di luar bandar.

“Berdasarkan laporan Global Findex 2021 oleh Bank Dunia, dianggarkan sebanyak 79 peratus golongan dewasa di Malaysia telah menggunakan pembayaran secara digital atau e-pembayaran semasa pandemik COVID-19.

“Bagi memberikan manfaat tambahan kepada pengguna, usaha juga sedang giat dijalankan bagi melaksanakan kemudahan pembayaran rentas sempadan,” katanya.

Sementara itu, mengenai program iTEKAD, Abdul Rasheed berkata lima institusi kewangan baharu telah menyertainya menjadikan setakat ini secara keseluruhannya lapan buah bank bagi pelaksanaan program itu di seluruh negara.

Institusi kewangan terbabit ialah RHB Islamic Bank Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank).

“Program iTEKAD telah menunjukkan prestasi perniagaan yang membanggakan, dengan 95 peratus usahawan iTEKAD menjalankan jualan secara dalam talian dan 48 peratus berjaya menjana nilai jualan bulanan melebihi RM4,000.

“Selain itu, 45 peratus usahawan berupaya menyimpan sekurang-kurangnya RM2,000 secara konsisten pada setiap bulan dan 90 peratus usahawan berjaya mengekalkan sekurang-kurangnya tiga orang pekerja walaupun berhadapan dengan persekitaran perniagaan yang mencabar,” katanya.

iTEKAD merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu usahawan mikro khususnya daripada golongan B40 dan Asnaf yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

-Berita Harian

Tags: bank negaraKempen E-DuitPendidikan E-Pembayaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GTA Kekal Bertanding 120 Kerusi, Umum Calon 2 November

Next Post

PKR Gugur 8 Penyandang MP, Pindahkan 3 Yang Lain

Related Posts

Bayar Balik Segera Wang RM24.4 Juta Yang Dicuri – Bank Negara

Bayar Balik Segera Wang RM24.4 Juta Yang Dicuri – Bank Negara

23/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Semua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap membabitkan kerugian berjumlah...

Melaka Tubuh Pusat Penyelidikan Berkaitan Hang Tuah

Bank Negara Keluar Notis Ancaman Serangan Penggodam Pro-Israel

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan notis langkah berjaga-jaga terhadap ancaman serangan siber untuk institusi kewangan di negara ini....

Next Post
PKR Gugur 8 Penyandang MP, Pindahkan 3 Yang Lain

PKR Gugur 8 Penyandang MP, Pindahkan 3 Yang Lain

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd