• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah Syed Saddiq Penyokong Keganasan?

oleh Mohd Arshad
30/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Apakah Syed Saddiq Penyokong Keganasan?
Share on FacebookShare on Twitter

Petikan page Viral Posts (FB)

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq begitu terdesak untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga tidak kisah untuk bekerjasama dengan parti yang dianggotai oleh pengganas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sudah beberapa kali Pakatan Harapan terpalit dengan isu keganasan, namun Syed Saddiq masih mahu bekerjasama dengan ‘parti pengganas’.

Tapi tiada yang pelik tentang Syed Saddiq kerana asalkan kepentingan politiknya tercapai, dia tidak kisah untuk melakukan apa sahaja.

Sikap hipokrit Syed Saddiq jelas kelihatan apabila dulu mengutuk keganasan, alih-alih bekerjasama pula dengan parti yang menyokong keganasan.

Cuma, rakyat perlu faham sekiranya peluang diberikan kepada Syed Saddiq dan parti pengganas untuk memerintah negara ini, jahanam Malaysia.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2019/10/11/pakatan-harapan-is-a-threat-tomalaysias-security/
https://www.facebook.com/SinarHarian/photos/pemimpin-malaysia-kutuk-serangan-di-srilankamenteri-belia-dan-sukan-syed-saddiq/10157545051519883/

Ketika PH memerintah selama 22 bulan, banyak kes-kes melibatkan anggota parti itu ditarik balik termasuklah kes Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Tindakan itu tidak mengejutkan terutamanya selepas PH melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Tan Sri Richard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti Politik DAP iaitu G. Saminathan dari Gadek, Melaka dan P. Gunasekaran dari Seremban Jaya antara mereka yang ditahan oleh pihak berkuasa selepas disyaki terbabit dalam LTTE.

Namun, mantan PM7, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak mengeluarkan LTTE daripada senarai pengganas.

Pemerintahan bercorak sebegitukah yang diperlukan oleh rakyat? Begitu senang melepaskan pengganas yang bila-bila masa sahaja boleh menggugat keamanan dan keselamatan rakyat serta negara.

Isu pengganas bukan hal semberono yang boleh dibuat main oleh PH. Hanya disebabkan ada anggota mereka terbabit, mudah betul dilepaskan daripada tuduhan jenayah.

Sumber: https://www.benarnews.org/malay/berita/my-tt-ltte-200221-02212020155746.html

DAP mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penahanan dua anggota partinya sehingga kini.

Namun KDN terus menafikan tindakan penahanan itu adalah bermotifkan politik dan pihak berkuasa tidak akan membuat tangkapan sekiranya tiada bukti.

Malahan, LTTE sememangnya merupakan kumpulan pengganas yang diakui secara fakta oleh pakar kajian anti-keganasan.

DAP secara terang-terangan cuba menidakkan pembabitan mereka dalam sebarang aktiviti keganasan di negara ini.

Pihak polis sepatutnya membuka semula kertas siasatan terhadap anggota parti berkenaan
yang sebelum ini terbabit dengan LTTE.

Jangan bagi muka kepada pengkhianat negara yang
cuba merosakkan keharmonian Malaysia!

Sumber: https://www.thesundaily.my/local/muhyiddin-defends-arrest-of-dap-reps-overalleged-ltte-links-IX9505208
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ltte-adalah-kumpulan-pengganas-220004

 

Baru-baru ini, PH didakwa bersekongkol dengan ejen perisikan rejim Zionis, Mossad untuk

 

Baru-baru ini, PH didakwa bersekongkol dengan ejen perisikan rejim Zionis, Mossad untuk menculik seorang warga Palestin bulan lalu.

Rejim Zionis dilaporkan merekrut seorang tentera upahan tempatan yang juga merupakan seorang penyokong PH untuk menculik warga Palestin di Kuala Lumpur bulan lalu.

Antara yang didapati terbabit dalam penculikan itu adalah pasangan suami isteri iaitu Raibafie Amdan and Nidarahayu Zainal.

Berdasarkan perkongsian warganet dan bukti di media sosial, Nidarahayu dan Raibafie merupakan seorang penyokong kuat PKR dan PH.

Malahan, terdapat gambar Raibafie mengibarkan bendera PKR ketika berada dalam salah satu acara yang dihadiri di luar negara.

Sumber: https://www.astroawani.com/video-malaysia/ejen-perisikan-mossad-rekrut-wargamalaysia-1992528

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841460/mossad-used-locals-kidnappalestinian

Jangan kita lupa bahawa ketika kes LTTE itu berlaku, Syed Saddiq juga merupakan Menteri di bawah rejim ‘keparat’ PH.

Dia juga bersekongkol dengan PH untuk membenarkan keganasan berlaku di negara ini.

Politikus seperti itu tidak layak untuk menjadi wakil rakyat mahu pun menteri.

Susah payah pejuang negara membebaskan Malaysia daripada ancaman penjajah dan sebagainya, Syed
Saddiq dan PH senang-senang sahaja mahu meragut ‘nikmat’ itu.

Elok buang sahaja Syed Saddiq dan PH daripada negara ini. Mereka tidak layak duduk di negara tercinta Malaysia ini.

-Mynewshub

Tags: keganasanSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd