• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanah Bertanding Enam Kerusi Di Johor

oleh Mohd Arshad
29/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Amanah Bertanding Enam Kerusi Di Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka bertanding enam kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk kerusi yang dimenangi sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, tiga kerusi yang sudah disahkan itu ialah Parlimen Sri Gading, Pengerang dan Pulai.

Beliau berkata, tiga lagi kerusi yang lain akan diumumkan pimpinan tertinggi parti di Wisma Amanah, Kuala Lumpur, hari ini.

“Kerusi Parlimen Pengerang akan ditandingi oleh bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh manakala Datuk Seri Salahuddin Ayub mempertahankan kerusi Pulai.

“Kerusi Sri Gading dan selebihnya akan diumumkan esok (hari ini),” katanya selepas Majlis Makan Malam Fundraising Amanah Johor, di sini malam tadi.

Yang turut ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Salahuddin.

Dalam pada itu, Aminolhuda tidak menolak kemungkinan akan dicalonkan untuk bertanding pada PRU15.

Sementara itu, Salahuddin yang juga Pengerusi PH Johor menjelaskan bahawa beliau bersedia untuk bertanding di mana-mana kerusi yang lain seperti yang dimahukan parti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan terus kekal di Pulai bagi mempertahankan kerusi dimenangi pada PRU 14.

“Tanah tumpah saya adalah Tanjung Piai…kemungkinan kalau saya hendak bertanding, kenapa tidak balik ke tempat asal, di kampung halaman saya.

“Apa pun tunggu pengumuman esok. Setakat ini, di kawasan Pulai, penerimaan rakyat kepada saya setelah empat tahun buat kerja perkhidmatan pada rakyat, tidak ada masalah besar untuk saya kekal di Pulai,” katanya.

Pada PRU 14, Salahuddin memenangi kerusi Parlimen Pulai menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan memperoleh 55,447, iaitu menang dengan majoriti 28,924 undi.

-Utusan Online

Tags: AmanahJohorkerusiPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Krisis PBM: Sng Gantung Zuraida, 12 Ahli Majlis Tertinggi

Next Post

Tiga Sekeluarga Maut Kemalangan, Pemandu Lori Direman Tiga Hari

Related Posts

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

06/03/2025
1

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch 'n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa...

Next Post
Tiga Sekeluarga Maut Kemalangan, Pemandu Lori Direman Tiga Hari

Tiga Sekeluarga Maut Kemalangan, Pemandu Lori Direman Tiga Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd