Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

6 Pasukan Sertai Piala...

KUALA LUMPUR - Skuad remaja negara akan membuka cabaran mereka menentang England di...

Pasangan Gay ‘Lahirkan’ Kembar...

CRISTO dan Theo Menelaou menjadi pasangan gay pertama memiliki anak kembar tiga melalui...

4 Faktor UMNO Parti...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menjelaskan empat faktor utama yang dijunjung...

PBNJ Akan Hormati Keputusan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menghormati sebarang keputusan...

Ali Rustam Dilantik Ahli Jawatankuasa Eksekutif Karate Dunia

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Tun Mohd Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) dari 2022 hingga 2026.

Ikuti Mynewshub: Telegram

WKF dalam satu kenyataan semalam berkata pemilihan itu dibuat pada sesi pleno menjelang Kejohanan Kadet, Remaja dan Bawah 21 (B-21) Dunia di Konya, Turkiye.

WKF juga mengesahkan Antonio Espinós dari Sepanyol sebagai presidennya dan José García Maañón dari Argentina selaku naib presiden pertama untuk persekutuan itu.

Naseer Alrazooqi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula bagi jawatan naib presiden kedua dan Bechir Cherif dari Tunisia sebagai naib presiden ketiga.

Badan pentadbir karate dunia itu juga melantik Toshihisa Nagura dari Jepun sebagai setiausaha agung.


“Sebagai tambahan kepada 17 wakil yang dilantik oleh Kongres WKF pada Selasa, dua lagi ahli dilantik dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Eksekutif hari ini.

“Penyertaan Samantha Desciderio dari Mexico and Sarah Wennestrom dari Sweden selaku ahli dilantik ke dalam badan pembuat keputusan dialu-alukan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Espinós mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang tidak lagi bersama WKF di atas usaha dan sumbangan kepada kemajuan sukan karate dalam beberapa tahun sebelum ini dan mengalu-alukan ahli baharu ke dalam persekutuan itu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori