• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Sindir PH Tak Nak PRU15, Tapi Paling Awal Sediakan Calon

oleh Mohd Arshad
29/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahmad Maslan Sindir PH Tak Nak PRU15, Tapi Paling Awal Sediakan Calon
Share on FacebookShare on Twitter

BERANANG: “Senarai ada pada presiden, senarai lain palsu,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengulas senarai calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang kerap tular ketika ini, beliau menegaskan, senarai muktamad hanya akan diumumkan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada waktu yang sesuai minggu depan.

“Hari ini Sabtu, esok (Ahad)… sekurang-kurangnya tidak, pastinya minggu depan. Ada Isnin, Selasa, kita akan maklumkan apabila tiba masanya minggu depan. Senarai itu ada pada presiden, senarai lain adalah palsu.

“Seperti pilihan raya negeri (PRN) kita memang buat (pengumuman calon) tiga empat hari sebelum hari penamaan calon,” katanya.

Ahmad berkata demikian pada majlis Pelancaran Jentera PRU15 Barisan Nasional (BN) Hulu Langat di Beranang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.

Katanya, tidak menjadi masalah kepada UMNO dan BN tidak mengumumkan lagi senarai muktamad calon kerana sudah menjadi kelaziman perkara itu dibuat tiga atau empat hari sebelum penamaan calon.

Ahmad berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa meskipun PKR semalam mengumumkan calonnya untuk bertanding 72 kerusi Parlimen pada PRU15.

“Biar mereka umum dulu, mungkin calon mereka tidak dikenali, berbeza calon UMNO, mereka dikenali. Tetapi saya pelik, mereka yang awal tidak mahu adakan PRU15, tetapi mereka yang mengeluarkan senarai calon dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap pengundi UMNO, BN kekal teguh dan tidak terpikat dengan janji-janji dibuat sebelum dan selepas ini oleh pembangkang.

“Kita berusaha memastikan 99 peratus kumpulan pengundi yang dianggap penyokong tegar atau putih keluar mengundi walau apa jua cabaran, berapa penjuru sekali pun kerana mereka tetap teguh bersama BN.

“BN ada keyakinan untuk menang PRU15, menang 112 kerusi. Selepas itu, baru kita akan berpakat dengan parti lain, khususnya Sarawak,” katanya menjelaskan BN ada kelebihan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berbanding Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).

“Ini kerana kita apabila kita melepasi 112 kerusi, kita akan jemput GPS menyertai kita. Malah, saya mendapat maklum balas sangat positif daripada rakyat Sabah dan Sarawak terhadap janji BN akan wujudkan tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM).

“Hal ini tidak pernah dijanjikan sebelum ini dan ia memberikan semangat baharu kerana tidak pernah ada wakil dari Sabah dan Sarawak menjadi TPM,” katanya menegaskan tiga TPM tidak membazir kerana jawatan empat menteri kanan seperti sekarang mungkin ditiadakan nanti.

Sementara itu, Johan berkata, BN Hulu Langat sangat menaruh harapan untuk merampas kembali kerusi Parlimen itu yang sudah tiga penggal menjadi milik penbangkang.

“Sehingga kini 90 peratus persediaan jentera kita sudah lakukan. Kita akan memastikan 99 pengundi putih (penyokong tegar) keluar mengundi,” katanya.

BHonline-

Tags: BNDatuk Seri Ahmad MaslanPH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Terperdaya Scammer Tawar RM500 E-dompet Touch n Go

Next Post

Lima Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Kemboja Dibawa Pulang

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
Lima Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Kemboja Dibawa Pulang

Lima Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Kemboja Dibawa Pulang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd