• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Premis Ternak Babi Punca Air Kotor Di Tanjung Sepat

oleh AK-47
08/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
8 Premis Ternak Babi Punca Air Kotor Di Tanjung Sepat
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Lapan premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di atas tanah persendirian berstatus pertanian, dikenal pasti menjadi punca kepada pelepasan air kotor dan berbau ke pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata, ia susulan siasatan pihaknya, mendapati terdapat air parit yang mengalir keluar daripada tanah lot persendirian dan akhirnya ke laut.

“Berdasarkan pemerhatian fizikal dan laporan pensampelan, kualiti air parit tersebut adalah berada pada tahap yang rendah.

“Siasatan lanjut mendapati aktiviti di kawasan ini hanyalah penternakan babi dan perladangan sawit, dan disyaki aktiviti penternakan babi adalah punca kepada penurunan kualiti air parit ini,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Hee berkata, aktiviti pensampelan juga telah dilaksanakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di sekitar lokasi premis penternakan itu dan keputusan dicatatkan sangat signifikan dengan aktiviti berkaitan perternakan.

“Ekoran itu, LUAS telah mengeluarkan surat arahan kepada pemilik tanah di bawah Seksyen 121, Enakmen LUAS 1999, yang mengarahkan pemilik tanah untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ke atas parit di dalam lot tanah, sehingga kualiti (air) yang akan mengalir keluar adalah berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

“Dalam masa sama, pemilik tanah juga diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ke atas parit yang berada di luar lot tanah, disebabkan impak yang berpunca daripada parit lot tanahnya,” katanya.

Hee berkata, sekiranya pemilik premis gagal untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh LUAS, satu kertas siasatan terperinci akan dilengkapkan dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan perundangan selanjutnya.

Media pada 28 Sept lalu, melaporkan kerajaan Selangor telah mengenal pasti pencemaran sumber air yang dialami penduduk Tanjung Sepat, berpunca daripada kaedah konvensional aktiviti penternakan babi dan kawalan pencemaran, berdasarkan lawatan bersepadu pihaknya ke atas beberapa premis ladang ternakan itu di kawasan berkenaan, 23 Sept lepas.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kegiatan penternakan babi di kawasan Tanjung Sepat, sehingga menyebabkan penduduk setempat berdepan masalah pencemaran bau dan saliran air hampir 30 tahun.

-Harian Metro

Tags: Air KotorPremis Ternak BabiTanjung sepat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Mesyuarat Pagi Ini, Dipercayai Muktamad Kerjasama UMNO Atau Bersatu

Next Post

Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

Related Posts

Nasib Papan Tanda Bahasa Mandarin Minggu Hadapan

30/06/2019
0

KUALA SELANGOR - Keputusan sama ada papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin yang dipasang di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan...

Next Post
Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd