• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Anggota Polis Ditahan Miliki Dadah Di Pusat Hiburan

oleh Mohd Arshad
30/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
5 Anggota Polis Ditahan Miliki Dadah Di Pusat Hiburan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Lima anggota polis ditahan dan pelbagai dadah seberat 13.9 gram dirampas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Puchong di sini, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Serbuan Ops Noda pada jam 11.45 malam itu dilakukan sepasukan polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata ketika serbuan dilakukan, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan yang mengaku penjaga premis.

“Polis turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Vietnam yang disyaki pelayan pelanggan.

“Ketika pemeriksaan di sebuah bilik, terdapat lima pengunjung yang juga penjawat awam. Hasil pemeriksaan dijalankan menemui dadah jenis methamphetamine anggaran berat 0.87 gram, pil eramin 5 (7.38 gram) dan ganja (5.65 gram),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati empat suspek positif dadah amphetamine dan methamphetamine, manakala seorang suspek positif ketamin.

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas dianggarkan boleh dibekalkan kepada lima sehingga 10 pengguna dadah. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah diperoleh,” katanya.

Katanya, kelima-lima suspek ditahan reman tiga hari bermula semalam hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, kes juga akan disiasat dari segi kesalahan tatatertib.

Sementara itu, Amihizam berkata, pusat hiburan juga akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai rampasan dadah itu untuk menyalurkannya dengan menghubungi pihaknya di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan.

BHonline-

Tags: anggota polisdadahpusat hiburan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd