• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Produk Sirap Ubat Batuk, Selsema Maiden Pharmaceuticals Tak Berdaftar Di Malaysia

oleh Mohd Arshad
07/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
4 Produk Sirap Ubat Batuk, Selsema Maiden Pharmaceuticals Tak Berdaftar Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Empat produk sirap ubat batuk dan selsema keluaran Maiden Pharmaceuticals, India didapati tidak berdaftar di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengesahan itu dibuat selepas semakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerusi pangkalan data produk berdaftar.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi NPRA menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin.

“KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa. KKM juga mengambil maklum laporan akhbar bertajuk “66 kanak-kanak maut di Gambia selepas minum ubat batuk” yang merujuk kepada empat produk yang dikilangkan Maiden Pharmaceuticals.

“Laporan itu menyebut empat produk yang dikaitkan dengan kejadian itu iaitu Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup,” katanya.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai empat sirap ubat batuk dan selsema dibuat oleh Maiden Pharmaceuticals itu selepas ia dikaitkan dengan kematian kanak-kanak itu.

Malah, Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa ubat-ubatan yang tercemar itu mungkin sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat, dengan ‘kemungkinan wujud pendedahan global’.

-Utusan Online

Tags: Maiden Pharmaceuticals
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengasas Bersama Bersatu, Rais Hussin Umum Keluar Parti

Next Post

Warga Emas Tak Serik Pecah Rumah

Related Posts

No Content Available
Next Post
Warga Emas Tak Serik Pecah Rumah

Warga Emas Tak Serik Pecah Rumah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd