• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

oleh Mohd Arshad
21/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes dengan anggaran nilai rampasan RM5.4 juta, sepanjang lima tahun sejak 2018.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, ia adalah kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak industri sendiri dalam usaha membanteras cetak rompak secara fizikal dan digital.

Katanya, tindakan ini dilihat serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang terlibat dalam menawarkan penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran secara fizikal atau digital.

“Selain itu, Malaysia sering dijadikan contoh kepada negara-negara lain di atas keberkesanan melaksanakan sekatan laman sesawang dan penurunan kandungan dalam melumpuhkan capaian kepada cetak rompak digital tersebut.

“Bagi tempoh 2018 hingga September 2022, KPDNHEP melaksanakan sekatan laman sesawang yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran secara digital yang melibatkan 2,252 laman sesawang dan sebanyak 2,391 kandungan telah diturunkan bagi tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, malah inisiatif lain dilakukan dengan menyekat laman sesawang cetak rompak melalui program Cyber Copyright Enforcement (CYCORE) dan beberapa laman sesawang dan media sosial yang popular turut dikenalpasti.

Bermula 2021 sehingga kini katanya, sebanyak 27 filem telah menyertai program ini dengan sebanyak 319 laman sesawang disekat dan 1,902 penurunan kandungan.

“Tindakan ini merupakan kaedah yang paling pantas dan berkesan dalam melumpuhkan aktiviti penularan cetak rompak digital dengan kerjasama pihak SKMM melalui penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) dan pihak industri atau pemilik hak cipta.

“Saya ingin tegaskan, mana-mana individu atau peniaga yang menjual penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran tindakan tegas akan diambil di bawah seksyen 43AA, Akta Hak Cipta 1987,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, denda yang boleh dikenakan adalah tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, KPDNHEP juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggunakan peruntukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang membolehkan semua akaun milik pesalah atau suspek dibekukan dan dilucuthak jika didapati bersalah.

“Peruntukan kesalahan ini juga turut terpakai kepada mana-mana pemilik premis perniagaan atau pengurusan bangunan yang menyediakan atau menyewakan premis mereka kepada individu atau peniaga yang menjalankan aktiviti penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran dan cetak rompak kerana bersubahat dan bekerjasama dengan peniaga terbabit,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: KPDNHEPlaman sesawangPBTPDRMSKMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Inflasi September Turun Kepada 4.5 Peratus

Next Post

Murid Tahun Lima Maut Ditimpa Palang Gol

Related Posts

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua kes dikenal pasti di negara ini mempunyai kaitan dengan agensi perisikan asing...

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

Next Post
Murid Tahun Lima Maut Ditimpa Palang Gol

Murid Tahun Lima Maut Ditimpa Palang Gol

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd