• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tol Percuma Sebulan Sempena Lebuh Raya Suke Dibuka

oleh AK-47
16/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tol Percuma Sebulan Sempena Lebuh Raya Suke Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Tol percuma selama sebulan akan diberikan mulai tengah hari ini sempena pembukaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) fasa pertama, yang mampu menjadi laluan alternatif utama di beberapa lokasi strategik seperti MRR2, Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof berkata lebuh raya itu mampu mengurangkan kesesakan trafik di lokasi terbabit sehingga 36 peratus pada waktu puncak dan menjimatkan masa perjalanan kepada 25 minit berbanding 75 minit di laluan sedia ada.

“Kerajaan komited dalam menangani isu kepadatan trafik di ibu negara bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia yang bekerja dan tinggal di sekitar Lembah Klang menerusi manfaat perjalanan lebih singkat dan pengurangan kadar pelepasan karbon.

“Kesiapsiagaan dan pembukaan Suke akan membawa impak signifikan terhadap usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik arus trafik khususnya untuk bahagian timur Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap pada pelancaran fasa pertama pembukaan Lebuhraya Bertingkat Suke di Plaza Tol Bukit Teratai di Kuala Lumpur semalam.

Dia berkata lebuh raya itu turut mencatat pencapaian membanggakan apabila dua ciri uniknya berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records iaitu tanjakan ikonik helikodial pertama di negara ini dengan lingkaran dua tingkat dan Jejambat Galang Kekotak Bersegmen (SBG) tertinggi berukuran 56.4 meter dari paras tanah.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya ini sama ada agensi kerajaan mahupun swasta. Pengguna yang bakal menggunakan laluan lebuh raya alternatif ini diharap mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memandu secara berhemah.

“Syarikat konsesi diingatkan agar mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan tahap perkhidmatan dan operasi yang terbaik diberikan kepada pengguna sambil mematuhi perjanjian konsesi,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Mohamad Zulkefly Sulaiman dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Mohd Shuhaimi Hassan.

Pengerusi Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) Idris Kechot pula berkata pembukaan Lebuhraya Bertingkat Suke merupakan kejayaan besar pihaknya sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang sekali gus membawa limpahan ekonomi.

“Sebanyak 248 kontraktor dan 10 perunding utama terlibat dalam pembinaan projek ini. Kira-kira 10,000 peluang pekerjaan disediakan merangkumi pelbagai peringkat dalam bidang pengurusan, kejuruteraan, teknikal, pembantu barisan hadapan dan pekerja kontrak,” katanya.

Dia berkata pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial turut dijalankan sepanjang pembinaan lebuh raya itu untuk membantu dan memberi kelegaan kepada penduduk setempat antaranya penambahbaikan Jalan Hulu Langat dan sebahagian jalan MRR2, pelebaran Jalan Ampang serta pembinaan semula Kuarters dan Balai Polis Trafik IPD Ampang Jaya.

Dalam pada itu, Prolintas dalam kenyataannya memaklumkan pembinaan jajaran sepanjang 7.8 kilometer membabitkan Plaza Tol Alam Damai serta tiga lagi persimpangan yang masih berjalan dijangka selesai pada suku pertama tahun 2023 dan konsensi Lebuhraya Suke yang bermula pada 25 Dis 2014 akan berakhir pada 24 Dis 2069.

Lebuhraya Suke menghubungkan beberapa rangkaian lebuh raya di Lembah Klang seperti Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE), MRR2, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) yang masih dalam pembinaan pada masa akan datang.

-Malaysia Kini

Tags: Lebuh Raya SUKEtol percuma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tol Percuma Sempena Deepavali Mulai Tengah Malam Ini

Tol Percuma Sempena Deepavali Mulai Tengah Malam Ini

28/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya selama dua hari bermula esok sempena Deepavali. IKUTI...

Tol Percuma Musim Perayaan Tak Selesai Kesesakan – Ahmad Zahid

Tol Percuma Musim Perayaan Tak Selesai Kesesakan – Ahmad Zahid

02/05/2023
0

Putrajaya : Pemberian tol percuma terutama pada musim perayaan tidak mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya. Ikuti Mynewshub: Telegram Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd