• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Akan Pertahan Rantau, Bertanding Di Parlimen

oleh Mohd Arshad
03/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tok Mat Akan Pertahan Rantau, Bertanding Di Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan mempertahankan kerusi yang didudukinya itu ketika ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau malah berkata, sudah tiba masanya juga untuk dirinya bertanding di peringkat Parlimen memandangkan beliau ketika ini adalah Timbalan Presiden UMNO.

“Insya-Allah, saya akan terus pertahankan kerusi DUN Rantau pada PRU15 ini. Kerusi Rantau ini, imbangan penduduk itu menggambarkan seperti Malaysia, orang Melayu, Cina dan India itu ramai.

“Jadi ia perlu diuruskan dengan baik dan saya yakin pengundi di Rantau akan terus berikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

“Memandangkan saya sebagai Timbalan Presiden parti, seharusnya juga saya perlu untuk bertanding di peringkat kawasan Parlimen, untuk saya memainkan peranan dan perlu berada di peringkat kebangsaan untuk mengurus parti dan insya-Allah jika diberikan keyakinan oleh pengundi untuk menubuhkan kerajaan di peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Semarak Merdeka di Kuala Sawah, Rantau di sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun tidak memberitahu secara jelas, kawasan Parlimen manakah beliau akan bertanding kelak.

Sebelum ini terdapat laporan yang memaklumkan Mohamad yang mesra dipanggil Tok Mat akan bertanding di kerusi Rembau, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau.

Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk tidak mahu membubarkan DUN sebelum bulan Mac tahun depan, Mohamad berkata, Aminuddin mempunyai kuasa itu untuk menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Beliau merupakan Menteri Besar, selaku ketua kerajaan negeri, beliau mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,

“Sama ada untuk bubarkan DUN ataupun tidak terpulang pada beliau, kalau tidak buat sama pun tidak mengapa, buat bersendirian juga lebih elok nanti, terpulang kepada beliau,” katanya.

-Utusan Online

Tags: bertandingParlimenTok Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Saksi Hidup… Malaysia Tak Pernah Campur Tangan Konflik Thailand-Kemboja” – Tok Mat

“Saya Saksi Hidup… Malaysia Tak Pernah Campur Tangan Konflik Thailand-Kemboja” – Tok Mat

27/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah campur tangan dalam konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja, sebaliknya hanya bertindak sebagai pemudah cara...

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd