• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Penunggang Motosikal Cedera Langgar SUV Berhenti Di Lorong Kecemasan

oleh Mohd Arshad
18/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiga Penunggang Motosikal Cedera Langgar SUV Berhenti Di Lorong Kecemasan
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM : Tindakan sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan telah mengakibatkan kemalangan membabitkan tiga motosikal dalam kejadian di Kilometer 370, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian itu menyebabkan sekumpulan penunggang lain berang dan memarahi pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-5 hingga insiden tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, laporan berkaitan kemalangan tersebut diterima semalam di mana SUV itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

Katanya, siasatan awal mendapati, pemandu kenderaan berusia 34 tahun itu berhenti di lorong kecemasan kerana isterinya yang hamil mahu termuntah.

“Ketika pemandu SUV itu mahu bergerak semula, sebuah kereta Toyota Alphard secara tiba-tiba memasuki lorong kecemasan. Tindakan itu menyebabkan lelaki berkenaan terkejut lalu brek secara mengejut.

“Pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang berada di lorong sama sempat membrek namun dilanggar oleh sebuah motosikal Honda RS150R yang turut melanggar belakang SUV.

“Sebuah Benelli RFS150 dari arah belakang pula tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal Honda,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, kesemua penunggang motosikal cedera ringan manakala kenderaan terlibat mengalami kerosakan kecil.

“Akibat daripada pelanggaran itu juga, penunggang motosikal berasa berang dan memarahi pemandu SUV yang menggunakan lorong kecemasan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan video kejadian itu hingga menimbulkan sebarang spekulasi.

-Utusan Online

Tags: cederalorong kecemasanmotosikalSUV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd