• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Tahan Taikun Myanmar Kes Dadah, Penggubahan Wang Haram

oleh AK-47
21/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Thailand Tahan Taikun Myanmar Kes Dadah, Penggubahan Wang Haram
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menahan seorang taikun Myanmar yang disyaki mengedar dadah malah terdapat tiga sumber mendakwa suspek mempunyai kaitan dengan junta tentera Myanmar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap Polis Thailand, Kissana Phathanacharoen, berkata Tun Min Latt, 53, bersama tiga lagi warga Thailand ditahan di bandar raya ini dalam serbuan awal pagi minggu lalu, atas tuduhan bersubahat mengedar narkotik dan penggubahan wang haram.

“Polis sedang dalam proses meminta mahkamah untuk penahanan pra-perbicaraan,” kata Kissana kepada Reuters melalui telefon.

Sementara itu, tiga sumber memberitahu Reuters bahawa Min Latt, yang mempunyai kepentingan perniagaan dalam hotel, tenaga dan perlombongan adalah sekutu rapat pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing.

Pihak berkuasa British menyekat satu daripada perniagaan Min Latt pada Ogos lalu, dalam apa yang mereka nyatakan sebagai ‘usaha untuk mengehadkan akses tentera kepada senjata dan pendapatan’.

Media kerajaan Myanmar sebelum ini turut menyiarkan gambar Min Latt bersama ketua junta, termasuk di pameran senjata di Bangkok pada 2019.

Dokumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2019 mendakwa Min Latt adalah anak kepada seorang pegawai tentera Myanmar berpangkat Leftenan Kolonel yang sudah bersara dan syarikat miliknya memberikan sumbangan berjumlah kira-kira AS$71,500 (RM324,288) kepada tentera Myanmar pada 2017.

Tentera Myanmar merampas kuasa daripada kerajaan demokrasi yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi pada Februari 2021 dan sejak itu berusaha untuk menyatukan kuasa melalui tindakan keras terhadap pembangkang.

Permintaan Reuters untuk mendapatkan komen daripada Min Latt dan syarikatnya bagaimanapun tidak berhasil malah panggilan kepada jurucakap tentera Myanmar juga tidak dijawab.

Dalam kenyataan itu, Kissana berkata, unit antidadah polis meminta mahkamah melanjutkan penahanan suspek untuk mengumpul lebih banyak bukti dan menyiasat rangkaian itu.

Beliau berkata polis turut merampas aset bernilai lebih 200 juta baht (RM24.4 juta) daripada empat suspek itu.

Sumber yang mempunyai maklumat mengenai kes Min Latt – yang enggan dinamakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media – berkata, penahanannya adalah sebahagian daripada tindakan keras Thalandi terhadap penggubahan wang haram daripada sumber narkotik di bandar sempadan Tachileik di Shan, Myanmar.

Bagaimanapun, Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik kerajaan Thailand enggan mengulas lanjut.

BHonline-

Tags: Taikun MyanmarThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd