Sample Page Title

KIEV – Siasatan pakar undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati tentera Russia memperkosa dan menyeksa kanak-kanak Ukraine, melaksanakan hukuman mati dan melakukan jenayah perang lain, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB untuk menyiasat situasi perang melaporkan penemuan mengerikan itu di Geneva. Ia mengemukakan senarai panjang penderaan dan kekejaman di empat wilayah Ukraine.

“Berdasarkan bukti yang dikumpul oleh suruhanjaya ini, ia membuat kesimpulan bahawa jenayah perang telah dilakukan di Ukraine,” kata pengerusi suruhanjaya, Erik Mose kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Mose yang merupakan seorang hakim Norway berkata, suruhanjaya itu mendokumentasikan kes di mana kanak-kanak diperkosa, diseksa dan dikurung secara tidak sah.

“Terdapat kes di mana saudara-mara terpaksa menyaksikan jenayah itu. Dalam kes yang kami siasat, usia mangsa keganasan seksual dan jantina adalah antara empat hingga 82 tahun,” tambahnya.

Kanak-kanak juga terbunuh dan cedera dalam ‘serangan sewenang-wenangnya’ oleh tentera Russia menggunakan senjata letupan.


Menurut Mose, beliau dan rakan sekerjanya terkejut dengan penemuan bilangan besar hukuman mati di kawasan yang mereka lawati.

Suruhanjaya itu sedang menyiasat hukuman mati di 16 bandar dan penempatan selain mempunyai dakwaan yang boleh dipercayai mengenai banyak lagi kes sedemikian yang didokumentasikan, katanya.

Kes-kes hukuman mati itu mempamerkan penahanan mangsa serta tanda-tanda hukuman yang boleh dilihat pada mayat seperti tangan diikat di belakang, luka tembakan di kepala dan kerongkong.

Bagi penduduk Ukraine yang ditahan secara tidak sah, saksi-saksi memberi laporan konsisten mengenai layanan buruk dan penyeksaan oleh tentera Russia.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pekerja Asing Dibenar Untuk Sub Sektor Gudang Darat

PUTRAJAYA: Majikan di seluruh negara dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dalam sektor kecil gudang...

Covid-19: Majoriti Negeri Catat Kes Tiga Angka

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,024 kes berbanding kelmarin,...

PAS Tak Sertai Kerajaan Perpaduan, Jadi Pembangkang Konstruktif

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim,...

Belanjawan Selangor 2023: Peruntukan RM65.6 Juta Teruskan Program Kesihatan Awam

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM65.6 juta bagi meneruskan pelaksanaan pelbagai program berkaitan kesihatan...

Lelaki Warga Emas Maut Ditikam Suami Cemburu

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut selepas ditikam seorang lelaki yang mengesyaki mangsa...

Kerajaan Baharu Digesa Tarik Balik Ratifikasi CPTPP

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menarik balik ratifikasi...

Selangor Umum Belanjawan 2023 Berjumlah RM2.45 Bilion

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion merangkumi RM1.25...