Sample Page Title

LANGKAWI : Penduduk pulau ini boleh membeli tiket feri secara dalam talian dengan memperoleh potongan harga istimewa, mulai 1 Oktober ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, penduduk perlu mendaftar dengan Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) bagi membolehkan mereka membeli tiket feri di laman web.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line, Kapten Dr Baharin Baharom, berkata pendaftaran bertujuan mengesahkan mereka adalah penduduk Langkawi.

“Borang pendaftaran bagi tujuan itu telah dimuat naik melalui laman sesawang Ferry Line Langkawi dan boleh dicapai di https://www.langkawiferryline.com/.

“Kemudian serahkan borang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan di pejabat Ferry Line bagi membolehkan pengguna untuk log masuk ke laman web,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baharin berkata, pembelian tiket secara dalam talian dengan potongan harga untuk penduduk Langkawi itu diuruskan menerusi laman web syarikat.


“Ini berbeza dengan pengurusan pembelian tiket secara dalam talian menerusi aplikasi Cuti Cuti Langkawi membabitkan penumpang bukan warga Langkawi.

“Pengguna yang beralamat Langkawi sahaja dibolehkan mendapatkan tambang feri dengan potongan harga istimewa terbabit,” katanya.

Beliau berkata, jika tidak mendaftar, penduduk tempatan masih boleh mendapatkan tambang feri dengan potongan harga di kaunter jualan tiket.

Selepas kenaikan tambang feri baharu berkuat kuasa 5 Ogos lalu, penduduk pulau ini merungut kerana kadar tambang lama iaitu potongan RM6 laluan Kuala Perlis dan untuk Kuala Kedah RM6.50 hanya boleh diperoleh di kaunter.

Pada tarikh sama, Ferry Line yang mengendalikan perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi melaksanakan kenaikan tambang antara RM3 hingga RM11.50 mengikut kategori umur.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung...

Mesyuarat MKT UMNO Terima Peletakan Jawatan Zulhasnan Rafique

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa...