• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Lancar Platform Digital Untuk OKU Lapor Rasuah

oleh AK-47
22/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Lancar Platform Digital Untuk OKU Lapor Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan platform digital dikenali sebagai Laman OKU Pendengaran Portal SPRM untuk golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti rasuah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, platform digital yang dibangunkan dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dimuat naik dalam portal agensi itu pada Ogos lalu.

“Pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kepada orang awam mengenai isu rasuah harus dipergiat di samping memupuk sokongan dan penglibatan semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti OKU pendengaran serta komuniti OKU lain untuk tampil dan melaporkan isu rasuah.

“Mereka (komuniti OKU) boleh menghantar maklumat isu-isu rasuah atau pertanyaan berkaitan dengan SPRM dalam bentuk rakaman menggunakan bahasa isyarat,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan laman OKU pendengaran dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM dan MFD di Puchong di sini.

Norazlan berkata, laman OKU Pendengaran Portal SPRM ini adalah penambahan kepada lapan saluran sedia ada untuk orang ramai membuat laporan iaitu antaranya melalui emel [email protected], kiriman mesej di talian 019-6000 696 dan lapor di pejabat SPRM berdekatan.

Norazlan turut berharap komuniti OKU pendengaran akan menggunakan platform digital itu secara meluas untuk berkomunikasi dengan SPRM.

“Jika sebelum ini komuniti OKU perlu membawa jurubahasa mereka untuk membuat laporan dan kini sebagai sebuah agensi kerajaan, kita sediakan infrastruktur ini bagi memudahkan mereka walaupun laporan diterima adalah sedikit.

“Mereka juga tidak perlu risau kerana identiti mereka dirahsiakan dan terlindung menerusi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat,” katanya.

Terdahulu, Norazlan menyaksikan majlis menandatangani MoU antara SPRM dan Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia Mohamad Sazali Shaari.

Norazlan berkata, MoU yang berkuat kuasa tiga tahun itu antaranya membabitkan kerjasama dalam melatih pegawai SPRM sebagai jurubahasa isyarat dalam usaha menyebarluaskan mesej antirasuah selain membantu golongan OKU pendengaran berkaitan aduan atau maklumat rasuah di pejabat agensi itu.

-Harian Metro

Tags: OKUplatform digitalrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd