• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Tipu Kerja: Kerajaan Pastikan Mangsa Dibawa Pulang

oleh Mohd Arshad
20/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sindiket Tipu Kerja: Kerajaan Pastikan Mangsa Dibawa Pulang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di beberapa negara dibawa pulang dengan selamat dan usaha sedang dilaksanakan melalui saluran yang ada bagi tujuan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri menegaskan kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja kerana menjadi mangsa sindiket penipuan kerja itu.

“Kerajaan komited membantu dan menyelesaikan isu rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, ekoran sindiket penipuan kerja seperti yang disuarakan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) (Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad) telah pun mengadakan perjumpaan dengan Presiden MCCC, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim serta ahli keluarga mangsa sindiket bagi mendapatkan maklumat terperinci untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada perdana menteri bagi memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu sindiket penipuan kerja di luar negara membabitkan warganegara Malaysia.

Setakat semalam, Wisma Putra memaklumkan mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja yang berjaya diselamatkan adalah seramai 143 orang, daripada 158 kes yang dilaporkan.

Ismail Sabri seterusnya menasihatkan seluruh Keluarga Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara.

“Keluarga Malaysia perlu menyemak kesahihan tawaran kerja di luar negara melalui Wisma Putra bagi mengelak diri daripada terjebak menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan,” katanya.

Bernama-

Tags: Ismail Sabri YaakobMangsaSindiket Tipu Kerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenayah Telekomunikasi: RM715 Juta Kerugian, Usia 21-30 Tahun Paling Ramai Jadi Mangsa

Jenayah Telekomunikasi: RM715 Juta Kerugian, Usia 21-30 Tahun Paling Ramai Jadi Mangsa

21/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Individu berusia 21 hingga 30 tahun adalah kumpulan mangsa tertinggi jenayah telekomunikasi bagi tempoh Januari hingga November tahun...

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd