Sample Page Title

PUTRAJAYA : Penambahbaikan dan baik pulih fasiliti kesihatan berjumlah RM791.5 juta merupakan antara enam cadangan Kementerian Kesihatan dalam permohonan insentif baharu berjumlah RM3.4 bilion tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, permohonan itu sudah dibentangkan pada sesi libat urus bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 30 Ogos lalu.

Selain itu, katanya, antara cadangan lain pengukuhan program penjagaan kesihatan dengan kos RM738 juta dan meningkatkan keberkesanan rawatan kesihatan berjumlah RM850 juta.

“Inisiatif keempat adalah penggantian aset perubatan yang kritikal dan usang dengan kos RM400 juta; pendigitalan perkhidmatan kesihatan (RM460 juta) dan insentif penghargaan anggota kesihatan (RM183 juta),” katanya pada sesi temu bual khas pencapaiannya selama setahun sebagai Menteri, Kesihatan di sini.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tengku Zafrul serta rakyat Malaysia kerana menyokong cadangan meningkatkan peruntukan Kementerian Kesihatan kepada 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding peruntukan sedia ada pada kadar 2.10 peratus.

Khairy berkata, permohonan itu rasional dalam menawarkan perkhidmatan untuk memelihara rakyat Malaysia supaya sentiasa sihat dan merawat mereka yang sakit pada tahap terbaik.


Menurutnya, permohonan ini bukan bermakna hendak terus dilaksanakan tahun hadapan sebaliknya ia mungkin mengambil masa dalam tempoh lima tahun

“Kita faham kedudukan kewangan negara namun, inisiatif itu boleh dilaksanakan termasuk melalui peningkatan kutipan hasil atau merasionalkan semula peruntukan terutama subsidi petroleum kepada golongan sasar.

“Jika ia dapat dilaksanakan tentu terdapat lebihan untuk diagihkan semula kepada sektor kesihatan awam,” katanya.

Jelasnya, perkhidmatan kesihatan yang baik boleh dicapai sekiranya kemudahan serta prasarana kesihatan ditambah baik dan berfungsi dengan baik.

Khairy berkata, sebanyak 2,732 fasiliti kesihatan awam berada dalam keadaan usang dan daif khususnya di luar bandar namun, masih beroperasi untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...