Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bomba Berjumpa Semula Dgn...

SAAT yang mensyahdukan apabila seorang anggota bomba yang sudah bersara hadir pada majlis...

Sokong Serangan Udara Libya,...

DOHA - Qatar memanggil dutanya ke Mesir hari ini untuk menjelaskan mengenai siri serangan udara...

Izzue Islam Kekal Forteen...

SETELAH berjaya sebagai artis berkumpulan, penyanyi dan pelakon Izzue Islam kini mengembangkan bakat...

Debat Ka Siong, Guan...

JOHOR BAHRU : Debat yang dirancang antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee...

RM1 Bilion Tambah Baik Perkhidmatan Bas Henti-Henti

Kota Bharu : Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk pengoperasian sistem bas henti-henti seluruh negara bermula 2012 sehingga kini dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, peruntukan itu termasuk menjalankan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF) dan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST).

Katanya, pelaksanaan itu sangat penting kepada golongan yang tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak ke sesuatu destinasi dan menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama.

“SBST diperkenalkan atas jenama myBAS pada 2015 yang juga migrasi perkhidmatan bas berhenti-henti oleh pengendali bas di seluruh Malaysia.

“Perkhidmatan ini turut dirangka bagi memastikan penumpang memperoleh perkhidmatan bas sepanjang laluan sosial yang dahulunya kurang mendapat perhatian, di samping mengurangkan pertindihan laluan agar liputan perkhidmatan mencapai tahap optimum.

“Sistem ini dikawal selia dan dipantau setiap hari oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang kini menjadi salah satu agensi di bawah Kementerian Pengangkutan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Mutiara Rentas Desa (MRD) di sini, hari ini.


Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan lebih RM4 juta setahun menerusi ISBSF bagi pengoperasian bas berhenti-henti di Kelantan sekali gus membuktikan kepekaan kerajaan terhadap kesukaran orang ramai terutama di luar bandar.

Ka Siong berkata, bas MRD diperkenalkan di Kelantan yang dikendalikan di bawah Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) dan beroperasi sejak Februari lalu selain dimanfaatkan lebih 60,000 penumpang sehingga 27 Ogos lalu.

“Kementerian memilih E-Mutiara yang berupaya menggerakkan semula perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini serta mengambil kira pengalaman selama 30 tahun yang ada pada syarikat Bumiputera berkenaan.

“Setakat ini, sebanyak 27 bas mini MRD beroperasi sepanjang 13 laluan di seluruh Kelantan dan dalam perancangan menambah 14 lagi bas mini baharu menjelang akhir tahun ini,” Katanya

Menurutnya, kesemua bas terbabit dilengkapi teknologi seperti Sistem Pemantauan Masa Nyata, Sistem Kedudukan Global (GPS) dan sistem tiket elektronik bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada pengguna.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori