• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampas Sarang Burung Walet Tiada Permit

oleh AK-47
25/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rampas Sarang Burung Walet Tiada Permit
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 150 kilogram (kg) sarang burung walet yang telah diproses bernilai kira-kira RM250,000 untuk dieksport ke Vietnam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, hasil pemeriksaan pada 1 tengah hari yang dijalankan oleh pegawai dari Maqis dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airport ke atas seorang lelaki warga Vietnam mendapati 15 kotak gabus dibawanya tidak mempunyai dokumen sah seperti Eksport Permit dan Sijil Kesihatan.

“Berikutan itu, sarang burung yang telah diproses seberat 150kg itu telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Sobri berkata perbuatan mengeksport produk hasilan haiwan tanpa permit sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak Maqis sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian, ikan yang masuk mahupun keluar dari Malaysia mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

-Harian Metro

Tags: PermitrampasSarang Burung Walet
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kos PRU Berasingan Dijangka Cecah Lebih RM2 Bilion

Next Post

Tentera Russia Didakwa Rogol, Seksa Kanak-Kanak Ukraine – PBB

Related Posts

PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

09/03/2025
1

Kota Kinabalu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas pelbagai jenis makanan sejuk beku tanpa dokumen sah dan menahan 16...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post
Tentera Russia Didakwa Rogol, Seksa Kanak-Kanak Ukraine – PBB

Tentera Russia Didakwa Rogol, Seksa Kanak-Kanak Ukraine – PBB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd