Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Selamat Menyambut 11 Julai,...

HARI ini bersamaan 11 Julai, adalah hari yang dicanang-canangkan oleh puak PakaTun yang...

David Moyes Dapat Kerja!!...

Bekas Pengurus Manchester United dan Everton, David Moyes kembali mendapat kerja sebagai pengurus...

Public Mutual Umum Agihan...

KUALA LUMPUR - Public Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Public Mutual Bhd,...

Tamak…. Sudah Dapat RM15j...

Bekas ratu cantik universiti dunia dari Rusia, Ekaterina Fields, 43, boleh dilabelkan sebagai...

Prayut Kembali Jadi Perdana Menteri Thailand

BANGKOK – Bekas pemimpin junta tentera, Prayut Chan-o-cha kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri Thailand selepas Mahkamah Perlembagaan memberi keizinan beliau menjawat semula jawatan tersebut, lapor laman berita Coconut hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah tertinggi Thailand itu mengumumkan bahawa Jeneral Prayut yang digantung tugas pada bulan lalu boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri iaitu jawatan yang dipegang beliau sejak 2014.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Udom Sitthiwirattham, Jiranit Hawanon, dan Panya Utchachon.

Dalam keputusan mereka, panel hakim berkenaan berhujah bahawa penggal Prayut tidak bermula secara rasmi sehingga perlembagaan yang disokong tentera berkuat kuasa pada April 2017.

Berdasarkan ukuran itu, penggal lapan tahun beliau tidak akan berakhir sehingga April 2025.


Bagaimanapun, implikasi penghakiman tersebut menyaksikan Prayut tidak dapat bertanding untuk mempertahankan kerusi Perdana Menteri dalam pilihan raya umum pada tahun depan, yang ditetapkan pada 7 Mei 2023, jika semuanya berjalan lancar.

Prayut tidak hadir untuk mendengar keputusan itu dan tidak membuat kenyataan serta-merta.

Beliau melantik penasihatnya, Mejar Jeneral Rojanawas untuk menggantikannya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori