Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

KM71.9 Jalan Sibu-Bintulu Ditutup...

SIBU - Laluan di Km 71.9 Jalan Sibu-Bintulu ditutup kepada lalu lintas petang...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda pantai...

PM Najib Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah di...

Siapa Ada Selera Nak...

DALAM banyak-banyak perkara, masalah yang paling tidak boleh ditoleransi oleh orang ramai tentunya...

Pesalah Dadah: Hampir 70 Peratus Rakyat Singapura Sokong Hukuman Mati

SINGAPURA: Kaji selidik yang dilakukan Singapura pada 2021 mendapati hampir 70 peratus warga republik ini menyokong hukuman mati mandatori terhadap pengedar dadah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Ehwal Dalam Negeri selaku Menteri Undang-Undang Singapura, K Shanmugam menjelaskan, 80 peratus warga Singapura turut mahu hukuman sama dikenakan bagi pesalah kes pembunuhan.

Malah, lebih 80 peratus percaya hukuman mati mampu mengekang kes jenayah yang berlaku di Singapura.

Menurut Shanmugam, kajian yang dilakukan mendapati, kira-kira 69 peratus orang termasuk penduduk di selatan Malaysia mengatakan hukuman mati lebih berkesan daripada hukuman penjara seumur hidup.

“Dadah jahat, dadah memusnahkan lebih banyak nyawa. Kami bertanggungjawab ke atas kehidupan rakyat Singapura. Tinjauan ini dilakukan oleh golongan profesional, dan kami tidak terlibat dalam mereka bentuk soalan mengikut cara yang kami dapat, dan jawapan yang kami mahukan.

“Saya pasti ia dilakukan secara profesional,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan Singapura ketika ini berusaha memberi penjelasan secara rasional kepada orang ramai mengapa ia melaksanakan hukuman mati.

“Hukuman mestilah berkesan, ia mesti menghalang, dan itulah yang saya maksudkan dengan berkesan dan ini adalah sesuatu yang serius, seperti yang saya tunjukkan daripada tinjauan itu rantau ini.


“Orang ramai tahu undang-undang di Singapura dan oleh itu mereka tidak menyeludup dadah. Namun ada yang tetap mahu mengambil risiko kerana mereka ingin mempunyai banyak wang, tetapi tidak semuanya,” tambahnya Shanmugam.

Ujarnya lagi, sejak hukuman mati mandatori diperkenalkan pada tahun 1990, terdapat pengurangan kira-kira 66 peratus penyeludupan dadah jenis opium ke republik ini.

Malah, ketegasan Singapura itu berjaya menyelamatkan kira-kira 3,000 orang setiap tahun daripada kesan dadah termasuk ahli keluarga mereka.

“Pada tahun 1990-an, kami telah menangkap kira-kira 6,000 pesalah dadah di Singapura setiap tahun.

“Sekarang, kami tangkap separuh daripada jumlah itu, atau kira-kira 3,000 orang, walaupun populasi dan hasil pendapatan kami telah berkembang,” ujar beliau.

Justeru, beliau tidak melihat pendekatan yang lebih lembut akan dapat memastikan negara itu mampu mencapai pengurangan kes penyeludupan dadah.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori