• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara Lima Tahun Kerana Merompak, Menyamar Polis

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penjara Lima Tahun Kerana Merompak, Menyamar Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Juruteknik dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak warga Bangladesh dan menyamar sebagai polis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Saiful Ridzuan Ibrahim, 31, mengaku salah terhadap dua pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Saiful Ridzuan didakwa merompak wang tunai RM150 milik lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun di tepi jalan, Jalan Kuala Berang, Kampung Binjai Rendah, di sini pada 8 pagi, 6 September lalu.

Tertuduh turut didakwa menyamar sebagai penjawat awam iaitu anggota polis dengan cara menahan dan menyuruh mangsa menaiki kenderaan di tepi Jalan Pejabat, di sini pada 7.30 pagi, hari sama.

Bagi kesalahan merompak, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dijatuhi hukuman penjara lima tahun, manakala mahkamah memutuskan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 170 kanun.

Nooriah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 22 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Harian Metro

Tags: menyamarmerompakPenjarapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

19/10/2026
0

SHAH ALAM – Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berhubung individu yang didakwa menyamar sebagai Pengawal Peribadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd