• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

oleh Mohd Arshad
11/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak’. Sebaris ayat yang amat tepat dan berpatutan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kata-kata hikmah itu bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan scammer yang seolah-olah tidak berkesudahan.

Slogan itu juga jelas menunjukkan betapa LHDNM memandang serius gejala scammer menipu dengan menyamar sebagai agensi kutipan cukai negara.

Sebenarnya sudah banyak kali tahun demi tahun dan peringatan demi peringatan oleh LHDNM mengenai jenayah itu, malangnya sehingga hari ini masih ada menjadi mangsa.

Tidak tahu dimana silapnya. Adakah sehingga ke tahap kita mahu menyatakan penjenayah ini memiliki kemampuan hipnosis yang terdiri dalam kalangan mentalist?

Sebenarnya jenayah scammer ini tersangat mudah untuk dihidu oleh mangsa sekiranya kita mengetahui tentang modus operandi mereka yang sama sahaja sejak dulu hingga kini.

Pertama, anda akan menerima panggilan mesin operator nombor tidak dikenali dan anda akan dikatakan memiliki tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama anda.

Seterusnya anda sudah tentu akan menafikan kewujudan syarikat tersebut dan kemudian scammer akan mengarahkan anda untuk membuat laporan polis melalui panggilan telefon.

Kedua, scammer akan menipu akan menyambungkan panggilan kepada pihak polis untuk membolehkan anda membuat laporan, namun sebenarnya tidak.

Anda sebaliknya akan disambungkan kepada anggota scammer lain yang akan menyamar sebagai pegawai polis dan meminta anda mengikuti arahannya.

Anda akan diminta jangan memberitahu sesiapa berhubung perkara itu untuk elak ditangkap dan diminta memindahkan kesemua wang anda ke akaun lain.

Anda juga akan diminta mendaftarkan nombor telefon orang lain pada akaun bank baru dan memberi maklumat bank kepada mereka konon untuk tujuan siasatan.

Penyudahnya anda akan mendapati wang anda telah hilang melalui perbankan internet.

Untuk makluman, pihak polis tidak akan menjalankan siasatan melalui panggilan telefon, sebaliknya anda diminta hadir ke ibu pejabat polis untuk memberi keterangan.

Justeru, ingatlah kepada taktik scammer ini kerana ini akan membolehkan anda cakna sekiranya menerima panggilan telefon penjenayah yang cuba menipu anda.

Ingatlah anda sahaja yang mampu mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Berfikirlah secara bijak untuk mengelak daripada terpedaya.

-Mynewshub

Tags: LHDNMpengguna
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd