REMBAU: Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, jam 3.40 petang tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, berkata, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian.
“Daripada maklumat awal, kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua kenderaan lain.
“Tujuh anggota polis mengalami kecederaan parah manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Semua mangsa dalam proses dibawa ke hospital berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
BHonline-