• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paras Air Sungai Di Kuala Langat Tahap Berjaga-Jaga

oleh AK-47
11/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Paras Air Sungai Di Kuala Langat Tahap Berjaga-Jaga
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Paras air sungai di dua lokasi di daerah ini mencapai tahap berjaga-jaga berikutan fenomena air pasang besar bermula Ahad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya mengesan limpahan air di Jeti Seri Tanjung, Sijangkang pada jam 6.50 pagi dan Jeti Seri Tama, Pulau Carey pada jam 7.10 pagi.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada penduduk yang terjejas atau dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat insiden tersebut.

“Cuaca berada dalam keadaan baik, tiada mangsa dipindahkan ke PPS,” katanya pada Ahad.

Dalam pada itu, Hafisham turut melaporkan situasi air pasang besar di empat kawasan Klang iaitu di Jalan Kunci Air, Pengkalan Genting di Jalan Genting, Jeti Sayang D Sayang dan Pengkalan Sungai Keramat.

Ujarnya, paras air mencapai ketinggian 5.4 meter pada jam 6.45 pagi, namun keadaan terkawal dan tidak menjejaskan penduduk setempat.

“Fenomena air pasang besar turut dikesan pada jam 7.50 pagi di Jeti Kuala Selangor, Kuala Selangor, namun tiada risiko banjir dikesan,” katanya.

Pada Sabtu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengingatkan penduduk di daerah ini agar peka dengan fenomena air pasang besar yang bakal melanda pada bulan ini hingga Disember depan.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Jumaat

-Sinar Harian

Tags: Kuala langatparas air sungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Meninggal Dunia

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Meninggal Dunia

11/07/2025
0

KUALA LANGAT: Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, Rozana Kamarulzaman, 56, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis pada jam...

7 Sungai Di Paras Bahaya Di Johor Petang Ini

03/01/2022
0

JOHOR BAHRU: Tujuh sungai di Johor mencatatkan paras bahaya petang ini, sekali gus dikhuatiri mampu memburukkan keadaan banjir negeri ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd