• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Otai Reformis Pelik Anwar Bisu Isu ‘Balun’ Hutan Di Selangor

oleh AK-47
28/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Otai Reformis Pelik Anwar Bisu Isu ‘Balun’ Hutan Di Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden PKR Anwar Ibrahim digesa segera mewujudkan jawatankuasa inkuari bagi menyiasat apa yang dinamakan sebagai “pembelasahan” dan “pembalunan” hutan simpan di Selangor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

NGO yang dikaitkan dengan PKR, Otai Reformis 1998, berkata kerajaan Selangor umpama sudah hilang kawalan sebagai ombudsman atau penjaga hutan simpan.

“PKR dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain harus berani bertindak dengan ‘mengambil tindakan politik’ untuk memberhentikan pembalunan hutan yang tidak terkawal ini.

“Anwar pernah satu ketika mengutuk dan menghentam pemimpin-pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka yang membelasah hutan balak dan mengaut kekayaan dari aktiviti pembalakan dalam kempen-kempen ceramah politiknya.

“Sekarang rakyat sedang menunggu Anwar bersuara lantang menegur kerajaan Selangor yang sedang dalam mode ‘mengila’ membelasah hutan-hutan simpan sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata setiausahanya Abdul Razak Ismail.

Dalam kenyataan hari ini, Razak berkata dia pelik Anwar, timbalannya Rafizi Ramli serta pemimpin kanan PKR umpama “bisu” dalam isu ini, termasuk yang baru didedahkan media di Bukit Lagong.

Abdul Razak berkata demikian susulan laporan Malaysiakini bahawa terdapat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor terbabit dalam 27 kuari baru di hutan Bukit Lagong berdekatan Selayang, Sungai Buloh dan Rawang.

Dua daripadanya adalah GLC milik penuh kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Amirudin Shari.

Pemaju ketiga ialah Koperasi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Berhad, yang keanggotaannya terbuka kepada kakitangan atau pesara Jabatan Perhutanan Selangor.

-Malaysia Kini

Tags: Anwar IbrahimIsu Hutan Selangorotai reformis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Saya Cadang Pengadu Buat Laporan Polis Di Sabah’ – Saksi

Next Post

Tun Mahathir Cemerlang Kerana UMNO – Pemuda

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Next Post
Tun Mahathir Cemerlang Kerana UMNO – Pemuda

Tun Mahathir Cemerlang Kerana UMNO – Pemuda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd