Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DAP Musuh Allah Yang...

KUALA LUMPUR - PAS menolak kerjasama dengan DAP kerana DAP menolak penyelesaian yang...

Gadis “Sleeping Beauty” Ini...

Waktu tidur amat penting dalam kehidupan bukan sahaja merehatkan tubuh badan dan minda...

Perlu Ada Dasar Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Agensi berkaitan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperkenalkan dasar...

Pegawai Polis Warga China...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai polis warganegara China ditemui mati di rumah rakannya...

MCA: Tak Munasabah Muhyiddin Isytihar BN Musuh PN

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon menolak pengumuman bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan BN sebagai musuh PN, mengatakan kenyataan itu paling tidak munasabah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Adalah dikesali dan membingungkan bahawa pengerusi PN Muhyiddin tiba-tiba mengisytiharkan perang terhadap BN.

“Masa kenyataan itu dibuat lagi tidak munasabah kerana kerajaan sedang mengasak pemulihan ekonomi berikutan pembukaan semula sempadan negara kita.

“Apa pun, MCA dan BN tidak akan gentar dengan cabaran yang dilemparkan oleh PN. Persediaan kita sudah lama dijalankan untuk menghadapi mana-mana parti atau kem politik,” kata Chong pada satu kenyataan hari ini.

Kata Chong lagi, pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor, hubungan antara BN dan PN bersifat konfrontasi dan persaingan.

“Kami tidak gentar dalam menghadapi cabaran daripada PN dan Pakatan Harapan kerana dalam kedua-dua pilihan raya negeri, Barisan Nasional berjaya memenangi mandat pengundi.

“BN dan MCA telah lama menjangkakan bahawa kami akan menghadapi serangan dua penjuru daripada PN dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Chong, bekas timbalan menteri pendidikan dan senator di Dewan Negara selama dua penggal.


“Ahli parti akar umbi, kekuatan organisasi dan jentera kempen kami sudah bersedia untuk menghadapi serangan daripada mana-mana pihak lawan,” katanya.

MCA kini memegang dua kerusi parlimen di kalangan 222 anggota Dewan Rakyat, dan dilihat amat bergantung dengan kebangkitan semula Umno.

Semalam, Muhyiddin Yassin mengisytiharkan BN musuh PN pada PRU15, berkata perkara itu dipersetujui oleh semua parti komponen dalam PN.

“PN akan disokong Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP) apabila PRU15 diadakan.

“Saya tidak mahu membincangkan Pakatan Harapan, itu urusan mereka. Kalau nak bertanding pun boleh. Jika Umno mahu bertanding semua kerusi, teruskan.

“Kita dalam PN ada perjanjian, dan antara yang dipersetujui ialah musuh utama kita ialah BN,” katanya pada sambutan ulang tahun Bersatu keenam di Putrajaya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori