• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terus Komited Sokong Perjuangan Palestin

oleh Mohd Arshad
24/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Terus Komited Sokong Perjuangan Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Malaysia mengulangi komitmennya untuk terus mendokong perjuangan dan hak Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendirian Malaysia sejak sekian lama tidak sama sekali menyokong Israel di mana-mana pertubuhan antarabangsa sehingga Palestin mendapat hak mereka sebagai negara berdaulat.

“Malaysia turut menyokong proses perdamaian Israel dan Palestin serta penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena pertemuan dua hala dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung ke-77 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, hubungan dua hala antara Malaysia-Palestin ditingkatkan dengan termeterainya empat memorandum persefahaman.

“Ia melibatkan penubuhan mesyuarat jawatankuasa bersama serta memperkukuh kerjasama dalam bidang kesihatan, pelancongan dan hal ehwal Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia mengalu-alukan rakyat Palestin untuk menyambung pelajaran di Malaysia dalam bidang-bidang penting yang dapat membantu pembangunan semula Palestin.

“Sehingga kini, terdapat 800 pelajar Palestin di universiti terkemuka di Malaysia dan mereka meneruskan pelajaran dalam pelbagai bidang termasuk teknikal dan kejuruteraan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: MalaysiaPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd