• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mulakan Strategi Global Halang Waris Sulu Rampas Aset

oleh AK-47
30/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Mulakan Strategi Global Halang Waris Sulu Rampas Aset
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia melaksanakan tindakan undang-undang di Belanda untuk mengenepikan dan menghalang sebarang percubaan oleh pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu dalam usaha mereka menuntut anugerah timbang tara bernilai $15 bilion ke atas negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur atau tunduk kepada mana-mana pihak yang memanipulasi dan menyalah guna sistem sedia ada demi kepentingan peribadi.

“Justeru, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan dan asetnya di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata bahawa percubaan terbaru untuk merampas aset milik Malaysia di Belanda oleh waris sultan Sulu adalah satu lagi tindakan mengambil kesempatan yang

bertentangan dan melanggar dengan peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York dan The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL).

Reuters semalam melaporkan bahawa waris sultan Sulu memfailkan permohonan di mahkamah Belanda bagi kebenaran merampas aset Malaysia di negara itu.

Ini susulan bagi menguatkuasakan anugerah timbang tara AS$15 bilion yang diberikan kepada mereka terhadap kerajaan Malaysia.

Walaupun petisyen mahkamah tidak menyebut aset mana yang menjadi sasaran mereka, ia melaporkan mengenai operasi firma minyak negeri Petronas dan pengeluar minyak sawit Sime Darby Plantations di Belanda.

Bagaimanapun, Wan Junaidi menafikan bahawa aset Petronas di Belanda adalah milik kerajaan Malaysia.

“Permohonan untuk mengiktiraf serta menguatkuasa aset-aset tersebut dilihat sebagai suatu pencabulan proses mahkamah,” katanya.

Pada Februari lalu, waris kesultanan Sulu memperoleh anugerah $14.9 billion di mahkamah timbang tara di Paris, Perancis.

Perkara itu tidak mendapat banyak perhatian sehingga pihak menuntut menguatkuasakannya pada 11 Julai dengan merampas dua anak syarikat Petronas di Luxembourg.

Keesokan harinya, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis pada 12 Julai membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menangguhkan penguatkuasaan Anugerah Akhir ke atas tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris dan pengganti berkepentingan kepada Sultan Jamalul Kiram II.

Wan Junaidi bagaimanapun menegaskan bahawa anugerah itu “tidak teratur dan tidak mengikut lunas undang-undang”sambil menambah bahawa sekiranya dikuatkuasakan ia boleh mengakibatkan ketidakadilan serta implikasi yang serius kepada kestabilan negara lain.

“Perintah yang dikeluarkan oleh penimbang tara adalah tidak sah dan tidak mengikut norma atas beberapa sebab-sebab tertentu.

“Sebagai contoh, tindakan mengalihkan proses pengiktirafan dan penguatkuasaan perintah yang diperoleh daripada negara Sepanyol ke negara Perancis walaupun Mahkamah Agung Madrid mengisytiharkan pembatalan pelantikan penimbang tara dan prosiding susulan timbang tara.

“Walau bagaimanapun, pihak mendakwa waris kesultanan Sulu tetap meneruskan usaha-usaha menguatkuasakan perintah di negara-negara di mana Malaysia sedang melaksanakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Wan Junaidi mengulangi bahawa Malaysia telah mengambil prosiding mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengenepikan dan membatalkan perintah berkaitan.

“Kerajaan yakin bahawa penyelesaian prosiding mahkamah tersebut akan menyebelahi Malaysia.

“Selanjutnya, kerajaan telah memulakan strategi global yang proaktif untuk menghalang dan mengenepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara oleh pihak mendakwa waris kesultanan Sulu,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Strategi GlobalWaris Sulu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mesyuarat Biro Politik UMNO Masih Berjalan

Next Post

LHDN Anjur Konsultansi Awam

Related Posts

Azalina Tolak Dakwaan ‘Waris’ Sulu Boleh Pajak Sabah, Cabar Mereka Untuk Cuba

Azalina Tolak Dakwaan ‘Waris’ Sulu Boleh Pajak Sabah, Cabar Mereka Untuk Cuba

13/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk kemungkinan menyewakannya kepada negara lain...

Mahkamah Perancis Putuskan ‘Partial Award’ Kepada Kumpulan Mendakwa Waris Sulu Esok

Mahkamah Perancis Putuskan ‘Partial Award’ Kepada Kumpulan Mendakwa Waris Sulu Esok

05/06/2023
0

PETALING JAYA : Mahkamah Perancis akan memutuskan esok sama ada sebahagian penganugerahan dituntut oleh kumpulan Sulu terhadap Malaysia bakal dikuatkuasakan....

Next Post
LHDN Anjur Konsultansi Awam

LHDN Anjur Konsultansi Awam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd