• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Saman Fitnah Dusuki Terhadap Mujahid

oleh AK-47
14/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Tolak Saman Fitnah Dusuki Terhadap Mujahid
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kes dengan ketua pemuda Amanah Kelantan, hari ini giliran bekas menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof pula berjaya mengetepikan saman fitnah yang dikemukakan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini berikutan Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki berhubung dakwaan isu penjualan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam.

“Mahkamah mengarahkan Ahmad Dusuki membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Mujahid.

“Saman fitnah oleh Dusuki difailkan rentetan ciapan Mujahid pada 22 Nov 20202 selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam,” kata peguam Norazmir Zakaria yang mewakili Mujahid dalam kes itu.

Terdahulu, saman Ahmad Dusuki dikemukakan susulan kenyataan Mujahid seperti berikut:

“Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa, berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri, hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya. Allahu mustaan”.

Susulan itu, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas menuntut Mujahid membuat permohonan maaf melalui siaran akhbar serta ganti rugi yang tidak dinyata jumlahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Noorazmir ketika dihubungi Malaysiakini berkata mahkamah dalam penghakiman menyatakan bahawa kenyataan melalui Twitter Mujahid itu bukan merupakan suatu fitnah kerana daripada keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Menurutnya, hakim juga menegaskan pembelaan justifikasi, komen yang adil dan perlindungan bersyarat yang digunapakai oleh defendan adalah pembelaan yang terpakai.

“Ini kerana defendan yang merupakan bekas menteri agama bertanggungjawab terhadap hal-ehwal pengurusan dan penjalanan Tabung Haji mempunyai suatu tanggungjawab moral dan sosial, dan atas dasar kepentingan awam yang, pernyataan dalam twitter itu dibuat berasaskan kepada fakta yang benar dan terbukti.

“Sebagai bekas menteri agama, defendan bertanggungjawab untuk memberitahu hal sebenar tentang TH supaya TH tidak lagi disalah anggap sebagai institusi yang memanipulasi harta orang Islam,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad DusukimahkamahMujahidSaman Fitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd