Sample Page Title

PHNOM PENH: Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan pembunuhan beramai-ramai dan hukuman penjara seumur hidup dikenakan ke atas pemimpin terakhir rejim itu yang masih hidup.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tribunal membuat keputusan selepas rayuan oleh Khieu Samphan, ketua bagi rejim Khmer Rouge yang menghapuskan satu perempat daripada penduduk Kemboja dalam tempoh kurang empat tahun pada 1970-an, ditolak sepenuhnya.

Ia adalah keputusan terakhir yang akan dikeluarkan oleh tribunal yang menelan belanja lebih AS$330 juta (RM1.5 bilion) dan hanya dikenakan kepada lima pemimpin Khmer Rouge, dua daripadanya meninggal dunia semasa prosiding.

“Dewan Mahkamah Agung mendapati tiada merit dalam hujah Khieu Samphan mengenai pembunuhan beramai-ramai dan menolaknya,” kata Ketua Hakim, Kong Srim dalam keputusan yang panjang lebar.

Mahkamah juga mengekalkan sabitan 2018 terhadap lelaki berusia 91 tahun itu atas pelbagai jenayah terhadap kemanusiaan termasuk pembunuhan, penyeksaan dan perhambaan walaupun beliau tidak mengambil bahagian secara peribadi dalam semua jenayah.


Kira-kira 500 orang berkumpul di dalam bilik mahkamah untuk mendengar keputusan itu, termasuk mangsa Khmer Rouge yang terselamat, sami Buddha, diplomat dan pegawai kerajaan.

“Saya mahu keadilan untuk semua mangsa kerana kami sangat menderita. Rejim Pol Pot sangat kejam,” kata mangsa yang terselamat, You Soeun, 67.

Walaupun tribunal itu secara rasmi dikenali sebagai Dewan Luar Biasa di Mahkamah Kemboja (ECCC), pakar berkata ia telah melakukan kerja yang berharga dalam menggalakkan perdamaian nasional.

“ECCC diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai model mahkamah hibrid untuk pendakwaan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai, beransur-ansur menjadi mahkamah contoh yang beberapa negara pertimbangkan untuk mewujudkan cara yang sama,” kata Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Bin Chinn kepada pemberita selepas keputusan itu.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...