• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDNM Siasat Ketirisan Cukai Syarikat Seleweng Subsidi Minyak Masak

oleh AK-47
15/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LHDNM Siasat Ketirisan Cukai Syarikat Seleweng Subsidi Minyak Masak
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan sedang meneliti ketirisan cukai membabitkan syarikat yang menjalankan menyeleweng subsidi minyak masak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Meskipun siasatan penyelewengan subsidi minyak masak oleh kementerian lain, tetapi ketegasan LHDNM dalam aspek percukaian melibatkan jenayah itu harus disambut baik masyarakat.

Dalam memahami perkara ini kita wajar mengetahui implikasi ketirisan cukai disebalik penyelewengan subsidi melibatkan Tahun Taksiran 2018 sehingga 2020 sebanyak RM1 bilion.

Cukai yang sepatutnya diperoleh negara daripada jumlah RM1 bilion itu amat besar manfaatnya jika ia disalurkan kepada usaha-usaha membantu rakyat dan membangunkan negara.

Terutama pada waktu negara sedang memasuki fasa peralihan kepada endemik, manakala sebahagian rakyat sedang berusaha bangkit daripada kemusnahan pandemik.

Ini juga bermaksud perbuatan menyeleweng subsidi minyak masak bukan sahaja pengkhianatan kepada rakyat yang memerlukan subsidi berkenaan, malah ia juga pengkhianatan kepada negara.

Pertama, syarikat yang terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab itu telah ‘mencuri dan merompak’ hak rakyat untuk mendapat subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi mengurangkan bebanan hidup mereka.

Kedua, syarikat yang terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab itu telah ‘melarikan dan menyembunyikan’ cukai yang sepatutnya mereka bayar kepada kerajaan berdasarkan keuntungan yang mereka peroleh.

Justeru, penguatkuasaan yang tegas termasuk daripada sudut percukaian menjadi suatu cerminan betapa perbuatan menyeleweng subsidi minyak masak sama sekali tidak boleh diterima
yang wajib ditentang habis-habisan dalam segenap aspek.

LHDNM pada Mac lalu memaklumkan sebanyak 63 syarikat dan kilang-kilang pembungkusan semula (repacker) minyak masak bersubsidi telah disiasat dan semakan awal mendapati 44 syarikat kurang melaporkan pendapatan, manakala baki 19 syarikat tidak mempunyai fail cukai pendapatan.

Kita berharap lebih banyak syarikat tidak bertanggungjawab seperti ini dapat dikesan oleh pihak berkuasa termasuk LHDNM supaya yang benar-benar jujur sahaja dibenarkan menjalankan operasi membabitkan subisidi minyak masak dan hak negara dikembalikan.

-Mynewshub

Tags: Ketirisan Cukai SyarikatLHDNMMinyak MasakSeleweng Subsidisiasat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Atlet Gusti Iran Tarik Diri Kejohanan Dunia, Enggan Bertemu Israel

Next Post

Had Pinjaman M40, Kaedah Pelaksanaan Diumum Masa Terdekat – PTPTN

Related Posts

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

12/05/2025
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam...

Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Murid

Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Murid

01/03/2025
0

Sepang: Polis membuka kertas siasatan membabitkan seorang guru lelaki didakwa menjalinkan hubungan dengan anak muridnya berusia 12 tahun di sini....

Next Post
Had Pinjaman M40, Kaedah Pelaksanaan Diumum Masa Terdekat – PTPTN

Had Pinjaman M40, Kaedah Pelaksanaan Diumum Masa Terdekat - PTPTN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd