Thursday, July 25, 2024

Creating liberating content

Lesen Khas Umrah Berkuat...

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Okt depan, hanya agensi pelancongan yang mempunyai ‘Lesen...

Parlimen Tak Boleh Bersidang...

BATU PAHAT - Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya...

Kem Islamik TV AlHijrah...

NUR Laman Bestari di Ulu Yam, Selangor padat dengan lebih 220 peserta remaja...

Covid-19: Orang Ramai ‘Panik’...

SHAH ALAM - Peningkatan kes positif jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara ini mencetuskan...

Latiff Hantar Surat Peguam, Dakwa Difitnah Juruaudit Projek LCS

Peguam kepada Abdul Latiff Ahmad telah menghantar surat tuntutan kepada juruaudit di sebalik laporan audit forensik yang membabitkan menteri Bersatu itu dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dilaporkan firma guaman Chetan Jethwani & Co, melalui surat tuntutannya bertarikh 7 Sept, menuntut juruaudit menarik balik kenyataan berunsur fitnah dalam tempoh 48 jam atau menghadapi tindakan undang-undang dan mengeluarkan permohonan maaf kepada Latiff.

Ketika dihubungi awal hari ini, peguam Chetan Jethwani mengesahkan bahawa firmanya menghantar surat tuntutan kepada pengarah Alliance IFA (M) Sdn Bhd Prabhat Kumar.

Bagaimanapun katanya berkata pihak yang diwakilinya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada juruaudit berkenaan.

“Kami boleh mengesahkan ada surat tuntutan (yang dihantar kepada juruaudit), tetapi kami belum menerima maklum balas lagi,” kata Chetan.

“Saya bukan dalam kedudukan untuk mendedahkan kandungan surat tuntutan itu, ia adalah sulit,” katanya.

Semalam, dilaporkan Latiff mengancam prosiding undang-undang terhadap audit forensik mengancam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap juruaudit jika dia ‘gagal, enggan atau lalai’ untuk menjawab dalam tempoh 48 jam mulai 7 Sept.

“Kamu akan sedar bahawa kenyataan kamu adalah tidak benar dan sangat memfitnah anak guam kami (Latiff), mengheret anak guam kami ke dalam skandal awam dan menjadi perkara mendesak,” Chetan dipetik berkata dalam surat tuntutan itu.


“Kenyataan kamu telah menyebabkan banyak isu terhadap keluarga anak guam kami dan rakyat yang diwakilinya.”

Chetan merujuk pelbagai kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berdasarkan laporan audit forensik, yang dibuat secara dalam talian berikutan keputusan kabinet untuk menukar status klasifikasi sulit pada 17 Ogos.

Rafizi mendakwa Zainab Mohd Salleh – wanita yang dikatakan di belakang dua syarikat luar pesisir dikaitkan dengan projek LCS – sebagai isteri kedua Abdul Latiff. Pun begitu, menteri itu telah menyangkal dakwaan timbalan presiden PKR itu.

Laporan audit itu atas arahan Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), syarikat induk Boustead Naval Shipyards (BNS), kontraktor utama projek LCS.

Surat itu menuntut Prabhat menulis ke BHIC untuk membuat pembetulan apa yang didakwanya sebagai kandungan tidak tepat dalam laporan forensik.

“BHIC tidak sepatutnya memberikan laporan yang salah kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara,” kata Chetan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori