• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Umum Ketetapan Baharu Pelitup Muka Rabu Ini

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Umum Ketetapan Baharu Pelitup Muka Rabu Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai berhubung perkara itu, sebelum mengumumkan keputusan baharu mengenai pemakaian pelitup muka pada Rabu ini.

“Kita sudah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikan oleh saya minggu lalu.

“Dulu, jawatankuasa ini hanya melihat kepada isu COVID-19, tetapi sekarang kita lihat kepada semua masalah kesihatan awam.

“Saya sudah terima syor daripada pakar-pakar kita dan masih lagi mengumpul maklum balas pandangan daripada orang ramai. Minggu depan saya akan umumkan mengenai pemakaian pelitup muka. Saya akan umumkan menjelang Rabu ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di sini, hari ini.

-Berita Harian

Tags: KKMpelitup muka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang 167,000 Pelitup Muka Untuk Kegunaan Warga Sekolah

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang 167,000 Pelitup Muka Untuk Kegunaan Warga Sekolah

26/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan sebanyak 167,000 keping pelitup muka kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.