• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perancis Fokus Siapkan LCS – Hishammuddin

oleh Mohd Arshad
02/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Perancis Fokus Siapkan LCS – Hishammuddin
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Kerajaan Perancis menyatakan komitmen untuk meneruskan dan menyiapkan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali gus menjadi keutamaan tertinggi mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertemuan beliau bersama pihak Kerajaan Perancis semalam memberi tumpuan terhadap komitmen antara kerajaan kedua-dua negara berhubung perolehan LCS.

“Seperkara yang cukup penting, kerajaan Perancis sendiri telah menyatakan bahawa meneruskan dan menyiapkan LCS merupakan keutamaan tertinggi.

“Ini merupakan perkembangan yang mustahak terutama di fasa mobilisasi enam bulan seperti diputuskan Jemaah Menteri April lalu.

“Malah komitmen kerajaan Perancis ini juga selari dengan syor beberapa pihak terutamanya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta keputusan Jemaah Menteri supaya projek LCS diteruskan demi kepentingan TLDM,” kata dalam catatan Facebook beliau.

Isu LCS timbul ekoran laporan PAC setelah memanggil beberapa saksi dan hasil prosiding itu mendapati kontrak projek LCS diberikan kepada syarikat BNS (Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.) secara rundingan terus dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion, namun tiada sebuah kapal LCS disiapkan.

Menurut jadual asal, sepatutnya lima kapal harus disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.

-Utusan Online

Tags: Isu Kapal LCSKerajaan Perancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

LCS Pertama Dijangka Diterima Pada Januari 2026

LCS Pertama Dijangka Diterima Pada Januari 2026

13/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima dua buah kapal tempur pesisir (LCS) masing-masing dijangka diserahkan kepada Tentera...

Latiff Hantar Surat Peguam, Dakwa Difitnah Juruaudit Projek LCS

Latiff Hantar Surat Peguam, Dakwa Difitnah Juruaudit Projek LCS

09/09/2022
0

Peguam kepada Abdul Latiff Ahmad telah menghantar surat tuntutan kepada juruaudit di sebalik laporan audit forensik yang membabitkan menteri Bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd