• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemaskini Maklumat Peribadi Dengan HASiL

oleh Mohd Arshad
28/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kemaskini Maklumat Peribadi Dengan HASiL
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap individu yang layak dikehendaki membayar cukai pendapatan kepada kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bayaran cukai pendapatan penting untuk kerajaan menampung perbelanjaan negara yang tentunya berkait rapat dengan keperluan masyarakat.

Justeru, menjadi kewajipan setiap pembayar cukai untuk memastikan bahawa mereka maklum mengenai aspek percukaian membabitkan diri sendiri.

Kegagalan mana-mana pembayar cukai membayar cukai boleh berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu sebilangan kecil pembayar cukai kadang-kala berdepan dengan isu tidak menerima makluman percukaian daripada HASiL.

HASiL ada menjelaskan bagaimana keadaan itu boleh berlaku iaitu disebabkan maklumat perhubungan dalam rekodnya adalah berbeza.

Sebagai contoh, alamat surat-menyurat yang digunakan adalah alamat majikan (majikan lama) atau alamat surat-menyurat telah berubah (tidak dikemaskini).

Justeru, HASiL menasihati pembayar cukai supaya memaklumkan dengan segera sekiranya terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat peribadi mereka.

Proses untuk melakukan pengemaskinian maklumat peribadi boleh dibuat secara mudah iaitu secara dalam talian menerusi aplikasi e-Kemaskini HASiL di https://mytax.hasil.gov.my/ > Log Masuk > Perkhidmatan ezHASiL > e-Kemaskini.

Pembayar cukai boleh juga berbuat demikian dengan menggunakan Borang Maklum Balas Pelanggan HASiL di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/.

Bagi mereka yang lebih selesa untuk melakukan urusan tersebut secara manual boleh hadir ke cawangan HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah alamat surat-menyurat/alamat kediaman, alamat perniagaan (jika berkenaan) dan e-mel peribadi.

Nombor telefon, nombor paspot (bagi bukan warga Malaysia), nama dan nombor akaun bank (jika berkenaan), taraf perkahwinan dan maklumat ejen cukai (jika berkenaan).

Bagi pengemaskinian alamat surat menyurat, alamat e-mel peribadi dan nombor telefon perlu menggunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat (CP600B).

Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi yang lain, pembayar cukai dikehendaki mengemukakan satu surat pemberitahuan beserta dokumen sokongan yang berkaitan.

Mudah bukan jadi apa tunggu lagi. Segera semak maklumat peribadi anda pada HASiL bagi memastikan sama ada ia yang terkini atau perlu dikemaskini.

-Mynewshub

Tags: hasilLHDNMmaklumat peribadi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ular Sawa 80kg Kenyang Telan Kambing

Next Post

Saksi Pendakwaan Tolak Berlaku Konspirasi Terhadap Ebit Lew

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Semak Status Sekatan Perjalanan Elak Kesulitan

Semak Status Sekatan Perjalanan Elak Kesulitan

08/11/2024
0

ANDA telah lama mengumpul wang untuk membawa seisi keluarga melancong di luar negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Membuat perancangan...

Next Post
Saksi Pendakwaan Tolak Berlaku Konspirasi Terhadap Ebit Lew

Saksi Pendakwaan Tolak Berlaku Konspirasi Terhadap Ebit Lew

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd