• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Pembinaan LPT3 Selesai

oleh AK-47
06/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kajian Pembinaan LPT3 Selesai
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kajian pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) selesai dijalankan dan telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri kata, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada agensi berkenaan dan EPU akan membuat keputusan sama ada perbelanjaan LPT3 akan diperuntukkan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) atau seterusnya.

Menurut Fadillah, ia juga bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan dan mengambil kira keutamaan projek yang dikemukakan oleh setiap negeri.

“Tanggungjawab kita (KKR) adalah membuat kajian. Sekarang kita tunggu apa hala tuju baharu dari segi peruntukan.

“Setelah kita dapat hala tuju, barulah kita akan tahu bila ia akan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia (MRC) ke-11 serta Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Wilayah Asia-Pasifik keempat di sini, pada Selasa.

Kerajaan sebelum ini telah meluluskan pelaksanaan pembinaan LPT3 dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta.

Cadangan pembinaan LPT3 melibatkan jarak 150 kilometer bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan.

Mengulas mengenai isu kekurangan tenaga kerja bagi bidang pembinaan, Fadillah berkata, masalah tersebut berkurangan susulan kemasukan semula pekerja asing ke negara ini sejak bulan lepas.

Sementara itu, beliau berkata, MRC 2022 dan Kongres IRF Wilayah Asia-Pasifik keempat, diadakan serentak pada 11 hingga 13 Oktober di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau berharap, reka bentuk berinovasi, bahan binaan, kaedah dan teknik baharu dapat dihasilkan sepanjang tiga hari persidangan dan kongres tersebut.

Menurutnya perancangan, pembinaan, penyelenggaran dan pengurusan jalan-jalan Persekutuan dan negeri sepanjang 254,000 kilometer juga perlu difikirkan supaya ia berdaya tahan.

-Sinar Harian

Tags: LPT3Pembinaan LPT3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

LPT3 Diutama Berbanding Projek Mega Lain

04/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) berbanding projek mega lain...

Keputusan Pembinaan LPT3 Diumum Dalam Bajet 2019

06/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa Tiga menghubungkan Kuala Terengganu, Terengganu hingga ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd