Sample Page Title

Putrajaya : Bermodalkan serendah RM400, seseorang itu didakwa boleh mendapatkan anugerah atau gelaran doktor kehormat daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

NGO terbabit didakwa menggunakan taktik berselindung di sebalik penawaran perkhidmatan sosial serta kegiatan seni dan budaya untuk menjerat mangsa menerusi platform media sosial dan penggunaan ejen ‘orang tengah’.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penerangan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Selangor, Dr R Siva Prakash memaklumkan, NGO terbabit akan menawarkan gelaran doktor kehormat kepada individu tertentu dengan anggaran bayaran bermula RM480 sehingga RM8,000.

“Jika bayaran mencecah RM8,000, ‘majlis penganugerahan’ akan diadakan di hotel mewah. Ada juga keadaan di mana terdapat pembabitan ejen, yang mendapat komisyen jika memperoleh pelanggan.

“Ramai yang menjadi mangsa termasuk pempengaruh media sosial. Selepas saya bawa isu ini, saya juga mendapat maklum balas daripada mereka yang hampir diperangkap,” katanya ketika menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya tindakan lanjut dapat diambil terhadap kegiatan NGO itu tadi.

Memorandum diserahkan kepada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Turut hadir, Pengarah di Jabatan Pendidikan Tinggi, Hirman Awang.

Menurutnya, sindiket ijazah Doktor Kehormat palsu itu dilaporkan sudah berleluasa sejak 15 tahun lalu dengan menyasarkan golongan politik, usahawan dan sukarelawan.


“Individu yang berminat mendapatkan ijazah itu boleh berurusan terus dengan penganjur atau ejen melalui pakej bayaran yang dipilih tanpa melakukan sebarangan tugasan.

“Sekiranya pakej bayaran dipilih rendah, ijazah itu akan dihantar secara pos manakala majlis konvokesyen di hotel mewah akan diadakan bagi pakej mahal.

“Kes penipuan Anugerah Doktor Kehormat ini sangat serius dan perlu dibendung kerana ia tidak mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” katanya.

Prakash berkata, tawaran diberikan sindiket ini tidak logik kerana sesiapa sahaja yang memerlukan ijazah boleh mendapatkannya secara mudah tanpa melakukan sebarangan tugasan dan bertemu dengan pensyarah.

Beliau yang juga Ketua Parlimen MUDA Hulu Selangor berkata, pihaknya sudah beberapa kali menghantar memorandum kepada KPT untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti itu termasuk membuat laporan polis.

“Setakat ini pihak kami mengesan empat individu badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan ijazah ini bagi mencari pelanggan dan mengaut keuntungan kira-kira RM200,000 setahun,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...