Sample Page Title

PUTRAJAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak boleh lagi meminta data pemarkahan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari guru-guru, susulan pelaksanaan sistem perekodan data yang dijangka bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, sistem perekodan data itu, yang merupakan satu platform untuk guru-guru memasukkan markah PBD pelajar Tahun Empat, Lima, Enam dan Tingkatan Satu, Dua, Tiga, bakal meringankan tugas guru kerana tidak perlu memasukkan data yang sama berulang kali, dalam sistem yang berlainan.

“Antara cabaran utama yang kita terima apabila guru-guru sampaikan pada kita (ialah) apabila masukkan markah PBD, perlu masukkan mengikut templat yang disediakan di peringkat sekolah, kemudian PPD pula minta supaya dimasukkan dalam sistem mereka, selang sekejap, JPN pula minta supaya dimasukkan ke dalam sistem mereka juga.

“Cikgu jadi kecewa bila nak kena masukkan benda yang sama berkali-kali,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, platform yang sedang dibangunkan itu akan membolehkan data pelajar hanya dikongsikan antara guru dan Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja, namun PPD dan JPN masih boleh mendapatkan data tertentu dengan kebenaran.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu kelak dapat menambah kecekapan sistem pendidikan serta membolehkan supaya tugasan guru itu dapat ditingkatkan efisiensinya.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, melalui data yang dimasukkan ke dalam platform khas itu, KPM boleh mengenal pasti sekiranya sesebuah sekolah itu memerlukan intervensi dari kementerian.


“Bila kita dapat data seluruh negara, kita boleh cerakinkan data ini mengikut negeri, PPD, kawasan dan sebagainya untuk kita lihat sekiranya perlu mendapat intervensi, katakanlah satu PPD ni, Bahasa Inggerisnya jauh ketinggalan dari yang lain, mungkin kerana tidak ramai guru Bahasa Inggeris di kawasan tersebut.

“Jadi kita boleh perincikan, cerakinkan mengikut keperluan kita.. melalui data tersebut membolehkan kita menyusun apakah intervensi yang bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah KPM bercadang untuk mewujudkan satu silibus khusus berkaitan rasuah susulan cadangan beberapa pihak yang mahu perkara berkaitan rasuah dimasukkan dalam sistem pendidikan, Radzi berkata nilai-nilai moral telah diterapkan kepada pelajar melalui pelbagai mata pelajaran.

“Apa paling pentingnya kita lihat dalam konteks yang ingin kita laksanakan kita sedar bahawa integriti, etika ini merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam sistem pendidikan kita,” katanya.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...