Sample Page Title

IPOH : Jengkaut bersama cebisan baju dan tulang ditemukan hari ini di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian kuari runtuh di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini, Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Bomba Perak, Azmi Osman mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi hari ini.

“Kita sudah menjumpai satu bangkai jengkaut pada 11.45 pagi tadi, kemudian setengah jam kemudian pencarian di kawasan sekitar turut menemui cebisan baju dan rangka.

“Kita menemui bangkai jengkaut serta cebisan baju dan tulang pada kedalaman 10 hingga 15 kaki (3 hingga 4.5 meter), kira-kira 75 kaki (22.9 meter) dari jarak titik pencarian sebelum ini,” katanya.

Azmi berkata, bagaimanapun setakat ini, masih belum dapat dipastikan cebisan baju dan tulang berkenaan adalah milik siapa.

Operasi penemuan membabitkan Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

“Selepas penemuan berkenaan kita menggerakkan operasi bagi mencari satu lagi bangkai jengkaut yang tertimbus dalam insiden terbabit,” katanya.


Pada hujung April lalu, Ketua Polis Perak ketika itu, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata dua mangsa yang tertimbus dalam runtuhan kuari itu pada 8 Mac dipertimbangkan untuk diisytihar sebagai maut dan polis dalam proses melengkapkan siasatan berhubung prosedur untuk mengisytiharkan kematian kedua-dua mangsa terbabit.

Siasatan kes dikategorikan sebagai kematian mengejut biarpun mayat dua mangsa iaitu Itam Bah Lasoh, 43 dan Kheow Loo Siew Soon, 49, belum ditemukan selepas hampir dua bulan insiden berlaku.

Katanya, kertas siasatan akan diserahkan kepada koroner mahkamah bagi membuat keputusan yang turut akan berpandukan keterangan saksi semasa kejadian yang melihat dua mangsa itu sememangnya ditimbus runtuhan berkenaan.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Polis Daerah Ipoh supaya siasatan segera dilengkapkan untuk kita bawa ia kepada koroner dengan cadangan supaya dua mangsa itu diisytiharkan sudah meninggal dunia, supaya sijil kematian dapat dikeluarkan.

“Pengeluaran sijil kematian penting untuk membantu memudahkan keluarga mangsa membuat tuntutan insurans atau PERKESO, sekali gus meringankan beban mereka,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...