• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jengkaut, Baju Dan Cebisan Tulang Ditemui Di Kuari

oleh Mohd Arshad
20/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jengkaut, Baju Dan Cebisan Tulang Ditemui Di Kuari
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Jengkaut bersama cebisan baju dan tulang ditemukan hari ini di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian kuari runtuh di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini, Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Bomba Perak, Azmi Osman mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi hari ini.

“Kita sudah menjumpai satu bangkai jengkaut pada 11.45 pagi tadi, kemudian setengah jam kemudian pencarian di kawasan sekitar turut menemui cebisan baju dan rangka.

“Kita menemui bangkai jengkaut serta cebisan baju dan tulang pada kedalaman 10 hingga 15 kaki (3 hingga 4.5 meter), kira-kira 75 kaki (22.9 meter) dari jarak titik pencarian sebelum ini,” katanya.

Azmi berkata, bagaimanapun setakat ini, masih belum dapat dipastikan cebisan baju dan tulang berkenaan adalah milik siapa.

Operasi penemuan membabitkan Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

“Selepas penemuan berkenaan kita menggerakkan operasi bagi mencari satu lagi bangkai jengkaut yang tertimbus dalam insiden terbabit,” katanya.

Pada hujung April lalu, Ketua Polis Perak ketika itu, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata dua mangsa yang tertimbus dalam runtuhan kuari itu pada 8 Mac dipertimbangkan untuk diisytihar sebagai maut dan polis dalam proses melengkapkan siasatan berhubung prosedur untuk mengisytiharkan kematian kedua-dua mangsa terbabit.

Siasatan kes dikategorikan sebagai kematian mengejut biarpun mayat dua mangsa iaitu Itam Bah Lasoh, 43 dan Kheow Loo Siew Soon, 49, belum ditemukan selepas hampir dua bulan insiden berlaku.

Katanya, kertas siasatan akan diserahkan kepada koroner mahkamah bagi membuat keputusan yang turut akan berpandukan keterangan saksi semasa kejadian yang melihat dua mangsa itu sememangnya ditimbus runtuhan berkenaan.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Polis Daerah Ipoh supaya siasatan segera dilengkapkan untuk kita bawa ia kepada koroner dengan cadangan supaya dua mangsa itu diisytiharkan sudah meninggal dunia, supaya sijil kematian dapat dikeluarkan.

“Pengeluaran sijil kematian penting untuk membantu memudahkan keluarga mangsa membuat tuntutan insurans atau PERKESO, sekali gus meringankan beban mereka,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kuariKuari Runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli UMNO Mahukan ‘Poster Boy’ Yang Setia Pada Parti

Next Post

Isu Rakyat M’sia Ditipu Kerja Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet Esok

Related Posts

Titik Tepat Kedudukan Mangsa Kuari Runtuh Dikenalpasti

19/03/2022
0

IPOH : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa tertimbus runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini yang...

Runtuhan Kuari, Seorang Hilang, Seorang Parah

08/03/2022
0

Ipoh : Seorang pekerja kuari dilaporkan hilang manakala seorang parah selepas tertimbus runtuhan kuari batu kapur di Keramat Pulai, Simpang...

Next Post
Isu Rakyat M’sia Ditipu Kerja Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet Esok

Isu Rakyat M'sia Ditipu Kerja Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd