Sample Page Title

JOHOR BAHRU : Semua pihak digesa mengambil pendekatan lebih serius terhadap jenayah penderaan kanak-kanak yang berada pada tahap sangat membimbangkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam bertitah, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas perlu diambil agar kanak-kanak dapat dilindungi daripada terus menjadi mangsa.

Baginda bertitah, statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) menunjukkan sebanyak 1,055 kes penderaan kanak-kanak direkodkan di negara ini bermula Januari hingga Jun lalu.

“Saya mengambil maklum tentang kes seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai menjadi mangsa penderaan dan berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa di Selangor pada 16 September lalu.

“Impak penderaan sangat besar dari segi emosi dan fizikal bagi seseorang kanak-kanak. Trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak akan menyebabkan mereka sukar untuk menjalani kehidupan normal pada masa akan datang.

“Justeru, saya menggesa semua pihak termasuk ibu bapa, penjaga, guru, pengasuh, JKM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta, kerajaan dan polis untuk mengambil pendekatan lebih serius terhadap jenayah penderaan ini,” titah baginda hari ini.


Jumaat lalu, media melaporkan penderitaan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai didera berakhir apabila diselamatkan di Kondominium Jalan Cahaya, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.41 petang itu, Jabatan bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di dalam sebuah bilik.

Che Puan Besar Khaleeda bertitah, penderaan kanak-kanak didefinisikan sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat selain menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka.

“Kanak-kanak adalah permata dalam kehidupan dan jika kita sebagai orang dewasa tidak melindungi mereka, siapa lagi akan melindungi mereka,” titahnya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...