Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

MPK Roboh Tokong Menyerupai...

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan sebuah tokong kecil...

Singapura Tawar RM10K Jika...

JIKA di Malaysia, pemilik motosikal model lama dianggap sebagai legenda hidup malah kenderaan...

Batalkan Sahaja MoU, Segerakan...

KANGAR : Memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dengan pembangkang lebih baik dibatalkan seterusnya segera...

Dua Maut Akibat MERS...

SEOUL - Kementerian Kesihatan Korea Selatan mengumumkan bahawa dua orang meninggal dunia akibat...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima daripada tujuh beradik dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Normi Harun, 47, berkata, kali terakhir anaknya, Nur Alia Ramadan Anuar, 12, dilihat pada Jumaat lalu sekitar pukul 3 petang.

Menurutnya, sebelum hilang Nur Alia Ramadan ada memberitahu mahu pergi ke rumah emak saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumah, namun selepas itu dia tidak pulang.

“Seluruh ahli keluarga termasuk kawan-kawan Nur Alia Ramadan sudah dihubungi namun kelibatnya masih belum dapat sehingga sekarang.

“Susulan itu, satu laporan telah dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kederat, di sini hari ini.

Normi memberitahu, semasa keluar dari rumah anaknya itu memakai baju T dan seluar panjang tanpa membawa kad pengenalan diri.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan Nur Alia boleh menghubunginya di talian 0193982881 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

UtusanOnline-

Kategori

Leave a Reply