• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Penjara Bekas Broker Tanah Kekal

oleh AK-47
12/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Hukuman Penjara Bekas Broker Tanah Kekal
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas broker tanah tidak berlesen berhubung aktiviti pengubahan wang haram kira-kira 18 tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Gan Kiat Bend, 64, gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu setelah ditolak oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah, yang mengetuai panel itu berkata, tiada merit dalam rayuan Gan dan juga tiada kekhilafan oleh mahkamah sebelum ini untuk mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Dua lagi hakim ialah Datuk Nordin Hassan dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Gan, yang diikat jamin RM170,000 sementara menunggu rayuannya selesai, diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan supaya mula menjalani hukuman penjara itu hari ini selepas mahkamah mengeluarkan waran komital terhadapnya.

Gan dituduh dengan empat pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram dengan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM2.4 juta, yang didakwa dilakukan di Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, di Jalan Ampang, Selangor, antara 19 Nov 2003 dan 9 Januari 2004.

Pada 23 Disember 2010, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun serta denda RM1 juta dan jika gagal membayarnya, penjara setahun bagi pertuduhan pertama dan penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua.

Gan dijatuhi hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan ketiga dan dua tahun penjara bagi pertuduhan keempat.

Hukuman itu berjalan serentak, bermakna dia hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah Sesyen juga memerintahkan Gan membayar penalti RM2.4 juta atau levi di bawah Seksyen (2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, jika gagal membayar penalti dalam tempoh setahun, dia perlu dipenjara setahun dan penjara lapan bulan.

Gan gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang menolaknya pada 10 Mac 2017.

Gan membayar denda RM1 juta itu tetapi tidak membayar penalti RM2.4 juta.

Dia pada mulanya didakwa bersama seorang lagi broker tanah tidak berlesen Ismail Hussin yang telah meninggal dunia.

Gan diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Dusuki Mokhtar, Nahra Dollah dan Samihah Rhazali.

-Harian Metro

Tags: Hukuman Penjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Helikopter Black Hawk Dikendalikan Taliban Terhempas, Tiga Maut

Next Post

Gempa Kuat Ragut 5 Nyawa Di Papua New Guinea

Related Posts

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

06/02/2025
0

Putrajaya : Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang bekas kontraktor kerana membunuh...

Next Post
Gempa Kuat Ragut 5 Nyawa Di Papua New Guinea

Gempa Kuat Ragut 5 Nyawa Di Papua New Guinea

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd