Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ketepikan Perbalahan Dan Pemusuhan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan umat Islam supaya mengetepikan...

Nahas Korbankan 3 Tentera:...

GURUN: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas...

Bomba Bantu Bawa Turun...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini membantu menurunkan seorang pesakit...

Tergamak Potong Puting Payu...

KEJAM….seorang lelaki mengaku salah atas tuduhan memotong puting payu dara kekasihnya dengan sebilah...

Gempa Kuat Ragut 5 Nyawa Di Papua New Guinea

PORT MORESBY, PAPUA NEW GUINEA – Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea dan mengorbankan lima orang, manakala sebilangan yang lain cedera, lapor laman berita Wion News semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Gempa semalam itu turut memusnahkan sebilangan bangunan serta menyebabkan bencana tanah runtuh.

Gegaran dilaporkan dirasai sehingga ke ibu negara Papua New Guinea, Port Moresby yang terletak hampir 480 kilometer dari pusat gempa.

Penduduk yang tinggal berhampiran pantai melarikan diri ke kawasan lebih tinggi dan dalam masa sama, mereka melaporkan paras air berkurang secara tidak dijangka.

Penduduk di rantau utara Papua New Guinea pula melaporkan gegaran kuat yang menyebabkan bangunan-bangunan bergoyang. Dua mangsa maut di rantau itu.

Di bandar Wau, tiga pelombong dilaporkan tertimbus hidup-hidup ketika gempa berlaku.


Ahli parlimen tempatan, Kessy Sawang memberitahu agensi berita AFP bahawa tanah runtuh memusnahkan banyak kediaman di sebuah perkampungan dengan penduduk hilang tempat tinggal.

Usaha untuk menilai kerosakan dan memberi bantuan sukar kerana terdapat amat sedikit jalan yang berturap, manakala rangkaian jalan raya ke kawasan terjejas pula sangat terhad.

Seorang penduduk bandar tepi pantai Madang, menggambarkan gempa bumi tersebut sebagai ‘amat kuat’ dan memberitahu bahawa semuanya seperti sedang terapung di atas laut.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada awalnya mengeluarkan amaran tsunami di kawasan pesisir pantai, namun menarik balik amaran tersebut tidak lama kemudian.

Presiden Papua New Guinea, James Marape menggambarkan bencana tersebut sebagai ‘buruk’ dan menggesa orang ramai agar berwaspada meskipun beliau menjangkakan kemusnahan kali ini kurang berbanding gempa bumi pada 2018 yang mengorbankan 150 orang.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori