Sample Page Title

KUALA SELANGOR : Hospital Tanjong Karang yang baru siap dibina di sini yang juga hospital pakar minor akan mula beroperasi sepenuhnya kepada umum 10 Oktober depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hospital yang mula dibina pada 2018 itu akan menggantikan bangunan lama hospital berkenaan yang berusia lebih 56 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 10 bidang kepakaran diperkenalkan di hospital itu secara berfasa antaranya pembedahan, kecemasan, ginekologi, pediatrik, ortopedik, radiologi dan patologi.

“Hospital Tanjong Karang baharu turut menawarkan khidmat pakar secara lawatan bagi otorinolaringologi, oftalmologi, psikiatrik dan forensik.

“Menerusi kepakaran hospital ini, sebanyak 3,000 kes rujukan melibatkan kos penghantaran pesakit dari Hospital Tanjong Karang ke hospital pakar lain dapat dijimatkan,” katanya ketika berucap menyaksikan penyerahan projek hospital itu, hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan antara Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Mohamad Zulkefly Sulaiman dan Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh.


Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Jelas Khairy, hospital pakar minor kedua di Selangor itu bakal memberi manfaat kepada lebih 300,000 penduduk di sekitar daerah ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan lebih RM2 juta bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Parit Baru dan Klinik Desa Kampung Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam yang musnah dalam kebakaran, baru-baru ini.

“Kita sudah meluluskan peruntukan dan perolehan darurat bagi kedua-dua fasiliti kesihatan berkenaan.

“Peruntukan itu termasuk kerja menaik taraf bangunan dan penggantian peralatan perubatan yang terjejas akibat kebakaran,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...