• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Tarik Diri Dengar Rayuan Saman Abdul Azeez Terhadap Guan Eng

oleh Mohd Arshad
08/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hakim Tarik Diri Dengar Rayuan Saman Abdul Azeez Terhadap Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak samannya ke atas Lim Guan Eng berhubung pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Vazeer Alam yang mengetuai panel tiga hakim berkata, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar rayuan itu kerana beliau mempunyai kaitan dengan pihak-pihak terbabit ketika dirinya berada dalam bidang guaman.

“Oleh itu, kami menangguhkan perbicaraan hari ini ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian oleh pendaftar,” katanya pada permulaan prosiding yang dijalankan secara maya.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Seri Mariana Yahya.

Hari ini, mahkamah dijadualkan mendengar rayuan Ahli Parlimen Baling itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Disember 2020 yang menolak samannya ke atas Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pembinaan projek terowong dasar laut di negeri berkenaan.

Peguam, Datuk Porres Royan mewakili Abdul Azeez, manakala Guan Eng diwakili N Mureli pada prosiding hari ini.

Abdul Azeez memfailkan saman itu pada Mac 2018 yang mendakwa Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan, telah mengeluarkan kenyataan fitnah ketika sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Februari 2018 serta satu majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut itu.

Abdul Azeez mendakwa kenyataan itu telah mendapat liputan meluas dan diterbitkan dalam beberapa laman sesawang, laman berita elektronik serta akhbar-akhbar tempatan.

Beliau memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi pampasan, teladan, ganti rugi tambahan, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, selain injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan, membolehkan atau menyebabkan kenyataan-kenyataan menyinggung berkenaan diterbitkan.

-Berita Harian

Tags: Abdul AzeezGuan EngHakimRayuan Saman Abdul Azeeztarik diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Cukai Tanah Pulau Pinang Naik Sehingga 3,000 Kali Ganda – Guan Eng 

Kadar Cukai Tanah Pulau Pinang Naik Sehingga 3,000 Kali Ganda – Guan Eng 

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa pihaknya menerima aduan kira-kira 800 pemilik tanah di Pulau...

Pengerusi DAP Bersila, Berkongsi Hidangan Berbuka Puasa Di Masjid 

Pengerusi DAP Bersila, Berkongsi Hidangan Berbuka Puasa Di Masjid 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memaklumkan beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah dan ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd