• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Cemerlang Di Sekolah Rendah Bakal Berpeluang Naik Gred DG52, DG54

oleh Mohd Arshad
30/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Guru Cemerlang Di Sekolah Rendah Bakal Berpeluang Naik Gred DG52, DG54
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL : Guru Cemerlang di sekolah rendah kini berpeluang menikmati kenaikan ke gred lebih tinggi hingga DG52 atau DG54.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata perincian dan kriteria kenaikan gred itu akan diumumkan kementerian, dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sedar ramai guru siswazah telah ditempatkan di sekolah rendah hingga mencecah kira-kira 90 peratus, justeru mereka akan diberikan ruang sama seperti guru di sekolah menengah.

“Gred guru penolong kanan juga akan dinaikkan jika memenuhi kriteria ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Warisan, di sini, hari ini.

Beliau mengulas rungutan dikatakan timbul dalam kalangan guru sekolah rendah bahawa perjawatan Guru Cemerlang hanya setakat Gred DG48 berbanding guru sekolah menengah hingga Gred DG52 dan DG54, sedangkan mereka mempunyai tahap pendidikan yang sama.

Semalam, media melaporkan KPM memutuskan untuk terus mengekalkan jawatan guru besar sebagai pentadbir dengan Gred DG52, tanpa perlu kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, terdapat ramai guru siswazah di sekolah rendah kini, iaitu kira-kira 90 peratus seperti di sekolah menengah, justeru sudah tiba masanya untuk gred mereka dinaikkan.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) juga telah bersetuju untuk menaikkan gred itu.

“Guru penolong kanan juga tidak perlu risau kerana kementerian telah membuat penyusunan semula dalam model baharu struktur organisasi di sekolah, dan perincian mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Guru CemerlangNaik Gredsekolah rendah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

12/03/2024
0

SEREMBAN: Transformasi pendidikan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) terus terserlah apabila mendapati bilangan kemasukan murid ke sekolah terus meningkat tahun ini....

Kanak-Kanak Jepun Dapat Telefon Pintar Seawal Sekolah Rendah

04/05/2022
0

TOKYO – Satu kaji selidik mendapati bahawa kanak-kanak di Jepun sudah mempunyai telefon pintar seawal memasuki sekolah rendah, dengan 51.6...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd